2 hari yang terasa sungguh singkat dan padat. Tidak pernah duduk berlingkar sahaja di rumah, dan sungguh jarang keseorangan atau tidak pernah sekadar berdua dengan Acha.
Harus ditemani seseorang atau kadang kadang memang selalu hujung minggu yang meriah.
Bermula misi menghantar Gee dan another Gee ke sarangnya yang baru di Bangi, dan misi mengambil Kak Long yang tidur jam 9 baru bangkit menyebabkan kami bertiga menjadi penunggu tegar anak dara suka bangun tidur jam 11 itu di GMI dengan tekun dan berani sewaktu itu juga aku mengalami pendarahan dan perit perit menusuk perut akibat perbuatan berani pada malam hari mengangkat kabinet TV yang berat apatah lagi produk jati.
Ke klinik, begitu begini. Maka selepas diberi ubat maka harus balik ke Shah Alam. Mission Completed.
Ahad pula pagi pagi hari sudah keluar menyelesaikan misi meja makan ke Wescourt Bukit Tinggi menyebabkan harapan hancur musnah apabila meja rm 97 dan set katil dan almari itu yang berharga RM197 rupa-rupanya kalau dismackdown Acha confirm satu jam je sudah tumbang. Apatah lagi jika dilihat kononnya TILAM QUEEN PERCUMA itu rupanya sekadar tilam lembik yang kalau ko duduk sakit bontot ko kalau ko tidur confirm ko sakit belakang tak boleh beranak. Apatah lagi jika sekadar berkira kira mahu membeli meja sahaja cas penghantaran lebih mahal dari meja iaitu RM99. Damn. Mangkuk hayun WESCOURT aku boikot ko.
Operasi Gagal. Malah diselang seli bebelan encik suami. Tahniah WESCOURT!
Operasi Pizza Hut mengidam orang turun darah. Tidak berhasil di Klang Parade. Ada ke patut dicari Pizza Hut dkt Klang Parade tempat cina kaya lepak confirm tak delah! Nampaknya operasi separuh berjaya kerana berjaya pow baju Acha disitu. Tahniah.
Akhirnya, ke Bukit Raja Jaya Jusco juga aku sampai cari Pizza dan renew card JJ semata. Tak sempat ambil gambar sebab Pizza Cheesy Prawn tu hampeh tak sedap!
Sempat ambil gambar bila tengah tunggu turn utk renew JJ card. Tahniah! |
Balik ke rumah tergesa gesa ambil baju bagai berangkat ke rumah Kak Ma jiran abang di Puchong demi melaksanakan Iron Chef versi aku. BBQ lagi!
Maka dalam operasi BBQ itu adalah teriakan teriakan dan jeritan dan peluh si ibu si anak bergaduh di sana sini sambil melayan masakan di dapur dan perapan ayam BBQ terbaik. Tahniah. Misi kenyangkan perut berjaya meskipun baru lepas turun darah.
Tahniah for the hectic weekend!
patutlah dah lama tak online..busy rupanya..
ReplyDeleteakak ok x ni.byk sgt ke pendarahan tu
Byk jugak Wan, harap2 takde apa2. Kalau takde, akak terima. Kalau ada, akak terima jugak..Doakan yg terbaik!
ReplyDeleteTurun darah?wan ok ker?semoga selamat semua..
ReplyDelete