Bila sabar sudah di penghujung,
dan bila suara sudah tidak mampu bersuara,
daya juga sudah tidak ada,
semyum pun seakan serik,
Bila merasa malam sudah tidak berlampu,
mandi juga seakan sekadar mandi sahaja,
Bila perasaan juga sudah terluka,
hati juga tak mampu berbohong,
bilamana terus disakiti
Bila hidup bersama seakan sukar
sikit sebanyak tentu terselit di hati
dugaan tidak pernah serik sentiasa kunjung tiba
malah silih berganti
Pergilah,
Lepaskanlah dia pergi.
Sampai bila hati mahu terus bertahan
Sampai bila hati mampu berbohong
Sungguh,
Bila sudah lama bersabar
dan bila sudah lama kering airmata..
Hari ini terasa mahu meraung pula..
Sebak sungguh!
menangis biar lega..:)
ReplyDeleteMuni~mahu! Mmg mahu!! cuma, dah lama benar tidak menangis hingga sudah lupa bgmana tangisan itu!
ReplyDelete