Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

19 April 2011

Kirimkan aku

Kalian,

Bukan ku minta wang darjat kebesaran,
Bukan ku minta emas dan wang berjuta,
Tidak juga rumah besar,
Bukan juga kerjaya 5 angka,
Bukan juga hidup bersulamkan angan angan.

Bukan bukan.

Bukan juga minta dipujuk disanjung,
Bukan juga minta ditatang aku berbadan dua,
Bukan juga minta dipeluk sayang,
Bukan minta dibelikan itu ini,

Buat dia,
Pohon Allah lembutkan hatimu.
Terangkan jiwamu.
Jika setakat ini talian kita,
leraikanlah aku
Biar ku teruskan hidup.

Jika masih panjang hubungan ini,
leraikan kekusutan,
berubahlah
berusahalah sendiri
kerana aku sudah jemu dicerca dihina!

Buat kalian,
kirimkan aku sepotong doa, hujaniku dengan ketabahan, restuilah mana jalan lurus ku, kirimkan aku juga kesabaran yang sudah semakin pupus!



Demi Omar atau demi Zulekha yang bakal lahir.
Demi Acha yang sudah 2 tahun 3 bulan.


Anak, sabarlah. Ibu mu jamin, kau sentiasa pelengkap hidup!

6 comments:

  1. amin...sepohon doa untuk mu agar sentiasa berbhagia

    ReplyDelete
  2. Semoa akak terus tabah dalam jalani kehidupan..hanya doa yang dapat aku kirimkan untukmu.Setiap yang berlaku,pasti ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan.....

    ReplyDelete
  4. Ilah~bestnya kalu ada K.long & Ilah disini.

    Takdelah mooksah tensen begini..

    ReplyDelete
  5. Wan~thanks dik. betapa bermaknanya kata2 mu dik!

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...