Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

21 April 2011

Merah

Bukan sebarang merah.

Merah itu cili,
Merah itu lipstik,
Merah tandanya berani,
Merah warna menyala,
Merah hati mu,
Merah itu bayi,

Merah merah merah.


Merah tanda marah,
Merah tanda geram,
Merah tanda sudah tidak boleh sabar,


Merah tanda paha Acha merah,
ditampar peha berkali kali oleh aku maghrib semalam.


Bila sapu ubat pun tak elok juga,
Tidur dengan mata bengkak,
Menangis hingga jam 11,
3 jam berturut-turut kerana tak nak balik rumah.

Merah hatiku sedih,
anakku tidur dengan airmata dan mata yang bengkak,
sebengkak hatiku.

Kecil kecil sudah pandai tunjuk pe'el tak nak balik rumah, mengamuk-ngamuk, dipanggil perempuan yang sudah berkahwin tapi punyai skandal itu dipanggil mama?! disayang dipeluk mengalahkan sayang pada ibu sendiri yang mengandung dengan susah payah, melahirkan membesarkan! Sakit demam dia, ibu inilah yang jaga!

Huh sakit hati!

Bila kena ceramah dan dibebel begitu, tahu dia mengangguk angguk berkali kali pulak tuh!
Aduhai anak!

Tapi rasa bersalah juga.


Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah!

4 comments:

  1. kenapa acha buat perangai macam tuh? akak kenalah sabar sikit,acha tu kan kecik lagi,buka dia tahu apa2 pon

    ReplyDelete
  2. Rozuan~Ya, mmg kena sabar byk dgn dia, sungguh mengada dan bagai2 perangainya skrg, sakit hati akak pujuk2 dia lagi dia buat perangai,kena tepuk peha dia berkali2 br diam masuk umah. baru dtg dkt akak, akak suh mitak maaf dia teresak2 dtg dkt kaki akak.

    aduhai anak!

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...