Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

29 April 2011

Surat

Di atas kertas A4 yang pernah ku lihat dulu, dikarang dua mukasurat penuh. Sekaligus mengimbau kembali kenangan. Sungguh. Surat sebegitu banyak menunjukkan betapa kentalnya aku satu ketika dulu dan tidak pernah mengalah dengan takdir.

Kertas A4 asalnya berwarna putih itu sudah bertukar kusam. Kekuningan. Namun, dakwatnya masih hitam, pekat seperti dulu hasil pen yang ditempah. Pen dakwat basah yang ditempah di sebuah kedai di sebuah pekan koboi nun di hujung jalan. Siap punyai kotak, dan terukir namaku.

Isi surat atau bait bait kata pada kertas itu tersusun rapi. Kemas. Bait bait kata yang sukar dipercayai ditulis oleh remaja berusia belum cukup 24 tahun. Belum mempunyai payslip nya sendiri. Namun semangat yang kental itu tidak pernah semuda usianya. Diharung panas terik, hujan lencun demi sesuatu yang dicita. Berjaya, hingga tuan besar juga menggeleng kepala tersenyum melihat kesungguhannya.


Tidak pernah mengalah.
Ya, itu 4-5 tahun dulu.

Kenapa sekarang, bila sudah memulakan langkah.
Kenapa mahu mengalah dengan takdir?
Ya, perjuangkan. Kenapa tidak?!

Kuatkah aku?
Masih kuat dan kental seperti dulu kah?

Doakan aku,
dalam hidup yang panjang untuk anakku, doakan aku sekental dulu!



I believe there always a rainbow after a rain, heavy rain.

1 comment:

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...