Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 May 2011

Janda

Malam kau pergi menyental mangkuk tandas rumah orang,
siang siang ada masa selepas kerja syif kau curi curi tidur,
hujung bulan kau bayar yuran mengaji anak, yuran sekolah petang, yuran itu ini.
Bil api bil air pun kau tolak tepi.
kadang kadang anak yang kecik nak makan KFC terpaksa kau ikat perut 3-4 hari,
semata mata KFC chicky meal.

Bila pulang ke rumah, anak anak sudah tidur bersempit sempit di rumah beralaskan toto yang sudah koyak sana sini, berkesan pula dengan tampalan jahitan dan semua benda lah.

Bekas laki kau yang dulu pemabuk sudah jadi orang kaya,
dulu dia taik judi, sekarang menang loteri sudah kau berubah,
kau buka kolam ikan,

Anak anak kau langsung kau lupa,
sesekali kau datang kunjung tiba bila di malam hari,
menuntut apa yang patut,
kau pulang dengan penyapu.

Dia janda, dia ibu.

Dulu dia peneman malam lelaki jalang,
namun dia lah yang menyuapkan nasi ke mulut anak anak nya.

Hormatilah ibu.


p/s: aku sedih bila ingatkan status dia sebagai ibu tunggal. tapi dia sungguh tekad.

1 comment:

  1. ibu tunggal memang hidup difitnah orang dan sengsara.tapi mereka sangat tabah =)

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...