Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 May 2011

Jiwa Kacau

semalam, sebaik masuk ke dalam kereta, pinggang sakit, badan sakit. sampai tak boleh nak bergerak, nak duduk pun sakit. balik balik tu encik suami bawa saya ke futsal frenzy pulak. teman dia main futsal, saya dengan acha layan diri tengok mentor. nyanyi tah hape hape kecuali shiha tu best suara dia.

okay okay aku meraban.

malam sampai rumah, mandi semua, tiba-tiba sakit lagi. senak di ulu ati, pastu sakit lagi di pinggang, sampai meringkuk. *tah kenapa bila meringkuk je aku bayangkan "Aku dah 20 tahun meringkuk dalam penjara" so aku JARANG guna perkataan MERINGKUK.

okey meraban lagi,

tengah tengah mengerang kesakitan,
suami bawakan air penawar darul syifa, baru boleh tidur jap dengan izin Allah. Pastu tak sampai setengah jam sakit lagi.

Acha pun asyik mengekor babahnya ke sana ke mari.

aku nampak encik suami berdiri di dapur dan tiba-tiba dia renjis air darul syifa menghala ke dapur.
aku masih lagi sakit.

lepas tu,aku dalam tidur yang tidak nyenyak itu terasa kepanasan dan pijar seluruh badan, suamiku buka ayat ayat al-quran.

lepas itu pagi aku bangun seperti biasa.
siapkan nescafe secawa,cicah biskut, suami pergi kerja, aku macam biasa baring baring terlelap.

Dan jam 8 suami sms bagitahu semalam benda tu datang kacau dia. siap ikut dia ke office.

Minta semua kawan-kawan doakan aku dan family sentiasa dalam lindungan Allah kerana ini sudah kali ke berapa aku berubat di Darul Syifa, sudah tak tahu berapa kali bergusti,berkungfu bersilat di sana, masih tak serik serik benda tu masih mahu memisahkan kami suami isteri.

buat pengetahuan kalian, bila kami bersentuh, terus badan sakit sakit. badan aku yang sakit.
panas dan segala macam. bila di rumah suami selalu rasa "panas".

Minta lindungan Allah dan doa kalian.

1 comment:

  1. Ya Allah.sape yang bagi benda tu dekak akak ngan suami.x dapat tahu ke sape?

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...