Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

05 May 2011

Mereng

Dekat sini, sangatlah sunyi. Terutama bila golongan atasan takde.
Aman. Hari yang panas terasa sejuk!

Kalau ada je, pung pang pung pang.
Bukan pasal bersembang, tapi pasal marah orang.

Nak dengar cakap baik baik, jangan haraplah.
Kalau tak kena maki tak sah.

Bayangkanlah nasib pekerja asing yang duduk di negara kita, mengharapkan sesuap nasi dengan rezki yang halal. Bekerja keras, demi RM500. Namun., kasta tetap kasta. Boleh dikira berapa hari dia punyai cuti. Sedangkan sabtu dan ahad juga dirampas cuti, dikerah keringat bekerja buruh kasar. Aduhai.

Matanya mulai merah. Sudah berkaca. Cepat-cepat diseka dengan kolar baju nya.
Hampir jatuh airmata jantannya.
Terlihat di wajahnya rasa gusarnya.

Aku yang sedang menyuap nasi berlauk serasa menelan pasir. Haru. Sungguh!

Sampainya hati kalian!

Dia juga manusia. Meskipun tidak berkongsi agama, tidak berkongsi budaya, tidak berkongsi sefahaman dan kepercayaan. Namun, berilah dia hak kemanusiaan!


Sungguh aku akan mereng kalau lama lama begini!





Warna purple dapat menenangkan jiwa. Jangan mereng mereng. Jom beli. Harga RM 50 sahaja~

1 comment:

  1. sedihnya baca..
    saya pun dapat menyelami perasaan org tu.. sebab saya pun perantau yg carik makan kat tempat org. tapi Alhamdulillah, org kat sini baik2.. jarang sangat jumpa yang tak baik..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...