Mengerah anak anak pulang ke rumah mandi dan menyental segala bau parit di badan setelah bergelumang di dalam tali air besar nun di hujung jalan. Sambil dikerah sambil tangan menghayun tali lembu sepanjang 2 meter untuk di alihkan lembu ke bawah rumah gusar nanti di curi orang.
Yang di rumah pula bapak sibuk membersihkan motor yang terkena tahi kerbau dan bersiap sedia untuk solat Maghrib di surau.
Sambil memerhati anak anak mandi di perigi, si ibu bersiap sedia menanak nasi. Lauk cukup sekadar ikan puyu goreng dan sayur kangkung goreng yang dikutip di awal pagi tadi berhampiran dusun kelapa atuk.
Bila sudah selesai mandi dan bersiap siaga sesudah solat maghrib, si ibu mengerah anak anak ke dapur untuk makan malam pula. Sambil menunggu bapak pulang dari surau, si anak bermain main dengan cahaya lilin yang dipasang bagi menerangi rumah yang seluas dapur rumah flet itu.
Cuaca sejuk menemani mereka berlima. Bayu sawah padi membuai buai.
Sambil merenung gelap malam, si ibu sempat melihat si anak bongsu tertidur di pangku setelah puas menetek.
Maka dituangnya air kopi pekat untuk mengalas perut si anak anak yang sabar menunggu.
Dan, kreeeekkk..pintu dibuka.
Si ayah pulang membawa ubi kayu yang dikorek semasa jalan pulang ke rumah tadi.
Si anak bersorak gembira.
Esok, ada sarapan mewah untuk mereka!
Ubi kayu rebus, cecah kelapa, dengan sambal ikan puyu.
**********semoga semangat mereka seutuh si padi*******************
Dari pakcik google. |
Dan berapa kerapkah antara kita menyedari nasib kita adalah lebih baik dari mereka.
Dan bagaimanakah mereka meneruskan kelangsungan hidup jika masih ada antara kita tidak pernah serik menindas?
Think.
thanks akak sebab ingatkan.semoga kita sema sentiasa bersyukur
ReplyDeleteaku sokong...jom tanam padi, beras mahal dh skrg, pak najib asyik nk naikkan harga jer..
ReplyDeletenk resepi muffin? jom dtg umah, aku buatkan khas utk hang...hehe
Wan~semoga kita semua tak pernah lupa!
ReplyDeleteSha~ko ni tiba2 tanam padi. minda petani sungguh kan.
ReplyDeleteeh apakata tanam padi nak? blk kg tanam. hihi.
bersyukur!
ReplyDelete