Satu pagi di rumah aku di hujung minggu.
"Mana sudu ni? Eh, mana pinggan nih? Kenapa makin berkurangan?"
Pastu, aku teringat kejadian kejadian begini selalu berlaku di rumah ku di kampung. Mek menjawab" Adalah yang meminjam tuh"
"Sape?"
Bukannya ada orang datang dari pintu dapur bawak plastik masukkan semua pinggan dan sudu mek?
Atau bukannya orang datang senyap senyap masukkan sudu pinggan mek dalam baju? OK itu melampau. Over imagine.
Aku selalu menyangkal kata kata mek. Derhaka. Pang.
Tapi, sungguh. Barang barang perkakas dapur mek selalu "dipinjam" oleh seseorang. Kita tidak akan sedari sedikit demi sedikit barang tu hilang. Hingga kita mahu menggunakannya. Agak misteri. Ye.
Tapi, bila mek bersungut berkali;
"Pulang lah sudu tu. Nak guna. Pinggan pun takde. Tinggal sikit. Susah orang datang"
Tunggu dalam masa 2-3 hari. Semua sudu dan pinggan duralex mek ada di rak pinggan.
Siyes, aku tak tipu.
Tanya lah mek aku.
Namun bukan sembarangan orang sebegini nak bercampur dengan manusia. Mek, memang punya kelebihan sendiri. Mungkin. Sebab mek selalu mengamalkan ayat suci Al-Quran, solatnya tidak pernah tinggal dan mek selalu bersedekah. Moga murah rezki mek.
Curik di Yahooimages. |
Maka, sebab itu masa kecil kecil dulu aku selalu menjerit dekat laman belakang rumah yang berlatarkan hutan atau err.. semak samun yang tebal akibat pokok pokok tinggi dan lalang memenuhi tanah seluas berapa ekar itu.
Yang aku selalu jeritkan adalah;
"Orang bunian, ambillah aku! Datanglah jumpa aku!!"
Boleh macam tuh?
ok, melampau, aku kecik kecik dulu memang selalu berangan kahwin dengan orang bunian atau diculik bunian. Ok berangan. Aku bukan insan terpilih.
p/s: Misteri sudu dan pinggan hilang di rumah aku bukan HILANG sebenarnya, ye bukan. Sebaliknya, pecah atau dibuang atau terbuang semasa buang sampah dan sisa sisa makan nasi. Sekian.
mak wan pon pernah citer pasal benda ni.wah nak kahwin ngan bunian?x takut ke?
ReplyDeletepergh..
ReplyDeleterela laaa pulak makcik ni nk kene culik ngn bunian...
Wan~itu dulu masa kecik2. Mengada2 ms dl. SKRG?Taknak!!!
ReplyDeleteMiss~Hahahah. skrg ni klu nk akak suruh dorg amik ko le dik! AHhahahha.
ReplyDeletehahaha igtkan bunian betullah yg curi tadi.gila ahh nk kawen dengan bunian!haha..
ReplyDelete