Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

09 September 2011

Misteri dan Mistik.

Jam 7 malam.
Terima panggilan dari Husairi selepas 5 minit menantikan panggilannya.

Ku angkat.
Aku : Hello Yie
Jerry 013: Helo..sape ni?
*Suara perempuan. Disertai dengan bunyi bising. Ku agak suara remaja, lingkungan 20-an.
Aku: Eh ni siapa? Ni no adik saya. Awak siapa?
Jerry 013: Awak ni siapa???
Aku : eh awak siapa???
Tiba-tiba senyap sunyi. Tiada bunyi apa-apa, namun "dia" masih di talian.

Aku yang blur dan menyangkakan maybe itu awek adikku, atau adikku telah memberikan nombor itu kepada makwenya, atau apa-apa lah! Malas nak kufikirkan.

Baru saja ku matikan panggilan. Telefon ku berdering lagi.

Aku : Helo ?
Jerry 013 : Helo.
Bila ku dengar memang suara adikku. Terus aku bertanya. Sebab menggunakan nombor sama.
Aku: Yie..sape perempuan tadi?
Jerry 013: Hah? pempuan? ketar lutut aku ni.
Aku : Hah..kenapa yie?
Jerry : Aku baru nak tanya sape yang angkat hp ko tadi?
dan dia menceritakan seperti yang kuceritakan.

Pada masa dia mencuba menghubungiku, perempuan itu telah mengangkat hp ku. Dan berikut situasi adikku.

Jerry 013: Sah..
no hp ku : Awak ni sape?
Jerry : eh saya nak cari kakak saya.
*Disebut nama penuh ku berulang kali. Dan ditanya siapa di talian berulangkali.
Juga bunyi bising yang disertai panggilannya turut senyap sunyi.
Juga suara perempuan muda. Juga berlatarbelakangkan bunyi bising.

Apakah maksud semua ini?
Di saat kami sedang menyelesaikan misteri rumahku, bertalu talu misteri datang. Seolah olah cuba melawan balik. Malah melalui panggilan telefon juga.

Tujuan adikku menghubungiku kerana ingin menyampaikan cara-cara menghadapi misteri rumahku dikacau malam semalam.

Siapakah perempuan itu yang menggunakan no adikku dan menggunakan no hp ku pada masa yang sama?
Sangat mustahil bukan. Tapi ia berlaku.

6 comments:

  1. uish sah...apo cite ni? seram aku..

    ReplyDelete
  2. biar betol akak.macam ada orang nak sihir je macam tuh

    ReplyDelete
  3. siti~mmg misteri. ada yg lg seram tp sukar dinyatakan disini.

    ReplyDelete
  4. miss~mmg seram miss!!!
    klu lah ada semua dkt sini taula apa jadi pd kami smlm.

    ReplyDelete
  5. wan,
    mmg wan,seme ni sebab sihir. sbb ati manusia busuk.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...