Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

30 April 2011

Sari

Kepada peminat peminat Sari Silk. Sila jemput lihat kain terbaru. Harga murah dan menawan hati.

Semua flat rate. Promosi percubaan sari silk yang indah menawan.

Sari Silk Brown

Sari Silk Gold

Sari Silk Light Pink

Sari Silk Light Purple

Sari Silk Cream

Sari Silk Hijau
Jemput jemput add saya di fb ye, sungguh menarik warna-warna ni ya.Rugi jika tak dapatkan satu!

29 April 2011

Gila 99~SECOND EDITION

Er..sebenarnya dalam dalam duk tilik tilik perangai anak buahku Wan Mastura, sebenarnya harus ku akui aku juga banyak kegilaannya. Bak kata Long, tak aci lah dia saja yang disenaraikan 99 gila. Aku dah dapat duga hatinya mengekek-ngekek gelak bila baca entry ini.

Aku dengan berat hati menyampaikan antara 99 gila ku,

  1. Suka nasi ayam. Mana mana asalkan nasi ayam ada dijual, pasti aku beli. Rasa? Er...
  2. Nasi Lemak Meru. Oh ini pantang ku. Pantang teringat sure aku beli.
  3. Gemar sungguh memasak kek pisang. Try and error.
  4. Memaksa mereka mereka makan sehingga habis!
  5. Gila pada kek New Zealand perisa keladi. Sedap heh! Dengan pesanan, long..beli lagik.
  6. Gila pada baju stripe warna biru putih. Er..sebenarnya agak banyak ye baju kemeja ku bewarna biru!
  7. Suka pada drama korea. Tak kira macammana mesti nak tengok. Heh! *My wife is a gangster suka weh!
  8. Gila meroyan. Er tak pernah lagi. Cuma pernah hampir sahaja.
  9. Suka sangat window shopping dan mesti balik dengan satu benda walaupun sekadar hanger. Itu normal untuk wanita ok.
  10. Suka basuh baju tapi malas nak jemur malas nak lipat.
  11. Suka berniaga, semua benda aku nak jual.
Ok cukuplah kegilaan aku tuh. Banyak sangat kan fengsan korang.

Jom layan kegilaanku ke 11 ini,












Silk Printed. Sangat sejuk dan lembut. Recommended. Good quality. Semua harga rm80. Buying 2 pcs of course FREE POSTAGE.


Sila jangan lupa berbelanja and treat yourself jangan asyik duk fikir orang lain. Give something for yourself.

This becoming month, im giving myself a present too.

So, what say you??

Surat

Di atas kertas A4 yang pernah ku lihat dulu, dikarang dua mukasurat penuh. Sekaligus mengimbau kembali kenangan. Sungguh. Surat sebegitu banyak menunjukkan betapa kentalnya aku satu ketika dulu dan tidak pernah mengalah dengan takdir.

Kertas A4 asalnya berwarna putih itu sudah bertukar kusam. Kekuningan. Namun, dakwatnya masih hitam, pekat seperti dulu hasil pen yang ditempah. Pen dakwat basah yang ditempah di sebuah kedai di sebuah pekan koboi nun di hujung jalan. Siap punyai kotak, dan terukir namaku.

Isi surat atau bait bait kata pada kertas itu tersusun rapi. Kemas. Bait bait kata yang sukar dipercayai ditulis oleh remaja berusia belum cukup 24 tahun. Belum mempunyai payslip nya sendiri. Namun semangat yang kental itu tidak pernah semuda usianya. Diharung panas terik, hujan lencun demi sesuatu yang dicita. Berjaya, hingga tuan besar juga menggeleng kepala tersenyum melihat kesungguhannya.


Tidak pernah mengalah.
Ya, itu 4-5 tahun dulu.

Kenapa sekarang, bila sudah memulakan langkah.
Kenapa mahu mengalah dengan takdir?
Ya, perjuangkan. Kenapa tidak?!

Kuatkah aku?
Masih kuat dan kental seperti dulu kah?

Doakan aku,
dalam hidup yang panjang untuk anakku, doakan aku sekental dulu!



I believe there always a rainbow after a rain, heavy rain.

28 April 2011

SEGMEN: SAYA SAYANG IBU


Sempena hari ibu, dan tidak semestinya Hari Ibu baru nak appreciate si ibu yang sungguhla sabar dan kental hati nya walaupun kita selalu dibebel dan dimarah walaupun selalu rasa itu tak adil ini tak adil tapi dia tetap ibu yang dipanggil mek.

Thanks to Numasara Ana yang anjurkan segmen ini dan Wan yang sudi tagged akak juga!


Mek;

Bila sebut pasal mek dan aku, anak no 3 yang memang berunsurkan api. Tentu ada banyak kisah tangis tangkap leleh. Mek, bila hidup bersama dengan wea(ayah) memulakan hidup dengan susah payah. Menanam tembakau, timun, kubis, cili, terung, petola dan pelbagai untuk dijual. Dari kecil aku tak pernah lupa bagaimana mek mencari duit saku anak anak dengan menyuruh anak anak membawa bekalan nasi berlauk dan nasi lemak untuk dijual di sekolah. Ye, beg ku berat dengan nasi. Bukan buku!

Kesan: Aku seorang yang suka berniaga dan sangat survivor!

Masuk ke sekolah menengah, aku dipaksa ke sekolah berasrama yang mana memang aku sangatlah tidak gemar pada asrama yang ada waktu makan tetap, ada waktu tidur dan kena paksa ke surau. Kalau tak ikut, denda dan denda! Heh! Juga dipaksa mengambil mata pelajaran bahasa Arab walaupun aku haram tak minat. Waktu itu aku memberontak dalam diam. Sakit hati! Mek sentiasa mahukan anak nya ini perfect bilamana hati ku ini makin dilarang makin enggan!

Kesan 1: Aku sangat sukakan asrama dan aku menjadi seorang pengemas dan berdikari bermula dari sekolah berasrama. Kdg2 terlebih berdikari pula bila dengan berdikarinya keluar asrama curi curi melalui longkang besar tanpa rasa bersalah dan punyai ramai kawan! Suka heh!

Kesan 2: Sampai ke PMR, last last minute aku tekad senyap senyap tak ambil paper Bahasa Arab. Aku ini sememangnya manusia yang tidak boleh dipaksa. Kesannya lagi, aku memang bengap bahasa Arab dan nahu nahi nya. Erk..

Lain jadinya bila aku masuk ke Uitm Kedah,

Aku masih tak sangka bila dikenang kenang semula. Kami berutus surat! Erk. Mek membalas surat surat ku. Dan aku tak sangka mek juga yang memulakan surat kepadanya memandangkan aku lah yang selalu dimarah dan diganyangnya bila degil dan suka memberontak namun anak ini lah yang dirindui gaduh gaduhan denganku dan anak inilah yang pertama berjauhan dengannya. Siap tulisan tulisan dakwat ball pen mek itu membesar akibat ditulis bersama airmata. Isi kandungannya biasanya berkisarkan adik adik dan keadaan mek serta tanaman. Tak lupa mek menasihatkan aku belajar jangan asyik ponteng.Masa tu kami mula rapat bila berada jauh. Bila cuti sem, kembalilah aku dengan mek dan kembalilah pula adegan bebelan mek dan ada saja yang tak kena pada aku di matanya. Oh mek!

Kesan: aku juga turut membalas surat mek dengan dakwat tulisan yang besar besar gara-gara airmata meleleh ke kertas dan di tengah tengah malam sajalah aku menulis. Malu beb! Muka brutal, cakap brutal, dalam hati jiwang!

Bila sambung ke degree di Shah Alam Dec 2004, oh ya.. ini sedih sikit. Mek marah sangat padaku. Dan sungguh aku kecewa, bila kali ini mek mempercayai fitnah dan mulut jahat serta longkang mengata macam macam pada aku ni sewaktu aku kerja di K.L pada pertengahan tahun 2004. Masa tu, sungguh..aku membawa hati. Aku kan jenis memberontak dalam diam. Bila mek membebel dan marah marah, aku diam sahaja. Namun, langkah terakhir 2004 dari rumah ke pintu Uitm untuk daftar pelajar Degree sesi Dec 2004-Dec 2006 sungguh merupakan langkah terakhirku dari rumah. Aku tidak pulang-pulang. Meskipun raya, meskipun derita. Sungguh, hatiku tekad. Bertahun aku tidak pulang pulang. Tiada telefon,tiada berita, tiada suara.

Hinggalah hari graduation day tahun 2007,
barulah mek muncul. Sewaktu itu keadaaan masih tegang. Aku membawa diri membuat batik di Karak. Di situ lah aku makin menjauhkan diri.

Hinggalah ambil keputusan berkahwin juga, hinggalah aku tekad segala galanya adalah risiko ku. Buang emak buang saudara, kerana kasih ku turutkan. Begitulah aku.

Namun, tahun 2009 bulan March, Acha berusia 3 bulan.
Di situlah rupanya rahsia hubungan seorang ibu tidak pernah putus. Mek tidak langsung membuangku, malah kerana itulah mek lebih menyayangiku. Malah hubungan sekian lama renggang bertaut kembali. Lebih rapat dan lebih suka.

Tak sangka.

Kesannya: Aku lah anak yang degil namun akulah anak yang sangat sangat rasa bersalah kerana sungguh aku sedar aku mengecewakan hati nya. Harapannya. Harapan kedua ibu bapaku. Sungguh, bila punya anak, kau akan rasa getar nya dirimu bila berhadapan dengan anak dan pe'el anak sendiri. Sungguh, anak adalah segala galanya. Baik atau buruk. Busuk atau wangi. Dialah anak yang dikandung sesusah dan sesenang hatinya.

Maafkan Sah, kerana sungguh keras hati!

Ampun kan dosa anakmu!

Mek is superb mum!


I love you more than words can say!



Disini saya tagged kawan alam maya saya yang selalu support saya.

Sha & Muni.Harap kalian bukan anak yang mengecewakan macam aku ok!
 Love you all lah!:)

27 April 2011

You

You,

as time passed by.
You just be you,
with your arrogant and selfish.
You just never see me through.

YOU,



I just dont want to fold all your clothes when you are not with us.
Just dont want to have my seat cover with another ass in car.
I just dont want to prepare your working uniform when i know you are not here with us.
Dont want to prepare any dishes if you are not with me.
I just dont want to see you back with your dull face.
I just came in you and i see that you just never want me,
 
Sometimes,



i just wish i just have myself rather than having you but you having someone else.
i just want to cry out of loud,
thinking how many times you pampered her,
thinking how soft and polite you with her,
thinking of you sleeping and smiling to her,
thinking of how you abandoned me.
 
Thinking, and thinking..
 
I just want to have you when i need you.
 
Thinking, thinking, thinking more forward..
 
I just want to put myself behind, i want to be step banckward from your life when thinking you love somebody more than me. More than us. Just step ahead from me so that i cant see you and your shadow anymore.

AKU PEMURAH

Pemurah kah aku? Baik sangat kah aku? Atau aku seorang yang harapkan balasan?

Paling paling tidak, tentu kita mahu orang sekian sekian ingat jasa kita.
Walau sekelumit. Supaya tidak ada yang tidak elok diperkatakan demikian hari. Jadi kalau ada yang salah silap, minta maafkan sekarang. Jangan di kemudian hari kamu ter kata itu ter kata ini pada aku. Langsung terlupa aku lah yang bahlol menolong susah mu.

Itu sahaja pesanku.

Ini simbol aku pemurah.

Semurah RM25 sahaja, tak percaya? PERCAYALAH!

SEMUA MASIH ADA!!

COTTON SWISS..
*ALAMAK DAH SOLD OUT SEMUA!

BATEK MYZARA RM 40 SAHAJA

CHIFFON PEACH 1 RM 45 SAHAJA

SAHARA MIX OFFER RM 25 SAHAJA


SETA PURA RM 50 SAHAJA

DIGITAL PRINTED RM 50 SAHAJA

CHIFFON PEACH RM 40 SAHAJA

PANAS PANAS STOK BARU SAMPAI HARI INI!!!

Guilty

Semalam terasa amat panjang. Dan terasa bersalah juga.

Dan bersalah pada insan yang tidak lain tidak bukan. Acha.

Sampai hari ini terasa kekesalanku. Akulah akulah ibu yang cuai. Akulah ibu yang tidak perfect.

Akulah ibu yang gagal!


Akulah yang menyebabkan jari manisnya terkepit di pintu kereta. Yang membuatkan aku sendiri rasa nak meraung dan sebak kerana aku cuai!




Akulah yang memarahinya kerana hilangkan kunci rumah.



Akulah yang marah-marah kannya padahal dia kelaparan hinggakan meggi itu tak cukup makan, tertuang pula di atas lantai.




Sungguh, hingga saat ini aku terasa ralat!


Anak, kenapalah akhir akhir ini kau teramat nakal dan selalu dimarahi mama!

Akibat rasa bersalah itu membuatkan hati aku tak tenteram!


Harapan dengan melihat gambar gambar nya mampu hilangkan rasa bersalah. Namun tidak tidak aku tetap teringat juga kes kesan tapak tangan aku di peha nya minggu lepas. Waaa..

26 April 2011

Labor Day

Untuk sesiapa sahaja yang bersukaria sempena this coming labor day dan bercuti sakan silalah gembirakan hati anda atau hati sesiapa sahaja di waktu cuti cuti ini dengan pilihan sutera nona yang menawan kalbu kalian.





Harga adalah sangat murah untuk kain yang menawan begini. Hanya RM75 sahaja. Sila dapatkan sekarang sebelum anda menangis tak berhenti jika terlambat. Ceh ayat mesti power. Tapi stok memang limited, valid untuk labor day only. Kalau lambat memang menyesal tak sudah!



p/s: tak sempat berblog dan tak sempat buat kunjungan balas kerana kesibukan kegilaan kerja dan kerumahan kerja kebanyakan, kesiankan ke aku an. ok ke bye kan.

Lily

Lily adalah sejenis bunga. Nama Lily juga cantik.


Begitulah Lily pada anakku.
Lily dan Lily.
Semua benda adalah Lily.

Lily!!Bing!!~Lily, baring!!
Lily!! Pers!!~Lily, pakai pampers!
Lily!! Do!!~Lily tidur!!

Aduhai..
Lily oh Lily,
siapakah kamu yang berjaya menambat hati anakku ini!

Hinggakan semua benda adalah untuk Lily. Sangat susah sebenarnya ya mahu mengambil hati anak dara ku ini. Sentiasa diikuti dengan jelingan tajam jika ada mata yang memerhati dia. Apatah lagi jika yang mengusik ngusik dia. Sangat susah untuk mengetahui kisah kisahnya di sekolah sebab dia malas nak layan pertanyaan aku. Dia buat tak dengar je! Boleh macam tuh?

Sungguh Lily di hati nya!

25 April 2011

M

M adalah huruf ke 13 dari A-Z. Maka M selalu membawa banyak makna dalam hidup saya. Maka disini saya terjemahkan M dari kamus hidup saya seorang yang biasa biasa dan hidup secara tomakdinah serta wasatiah ini.

M adalah;

  1. Malas adalah kosa kata yang sangat general ok. Malas nak explain.
  2. Masam muka bila fedup dengan pe'el laki.
  3. Mampus kau- ayat yang disebut jika ada yang bawa keta macam setan dan membahayakan aku.
  4. Memphis University. Asalkan bunyi oversea je terasa macam gah walaupun tak tahu prestasi university tersebut.Paling penting, wujudkan Memphis Uni?
  5. Makan juga merupakan kesukaan saya. Boleh digunakan ayat"terasa nak makan..." bila waktu mengandung sahaja. Mungkin diikuti hajat atau mungkin sama sekali lupa!
  6. Masak. Saya selalu masak. Tapi saya lagi suka kalau ada orang makan masakan saya. Habis. Licin.
  7. Mati. Oh,saya takut sebut perkataan ini untuk diri saya sendiri sbb saya fikirkan anak saya. Apa jadi pada dia jika ibu yang berkaliber ini tiada? Kaliber??????Apakah?
  8. Mengantuk.

Sebenarnya saya mengantuk, nak sampai jam 6 sangatlah lama!

Tolonglah M. Cepat berambus! Jangan kacau daku!

Hectic

2 hari yang terasa sungguh singkat dan padat. Tidak pernah duduk berlingkar sahaja di rumah, dan sungguh jarang keseorangan atau tidak pernah sekadar berdua dengan Acha.

Harus ditemani seseorang atau kadang kadang memang selalu hujung minggu yang meriah.

Bermula misi menghantar Gee dan another Gee ke sarangnya yang baru di Bangi, dan misi mengambil Kak Long yang tidur jam 9 baru bangkit menyebabkan kami bertiga menjadi penunggu tegar anak dara suka bangun tidur jam 11 itu di GMI dengan tekun dan berani sewaktu itu juga aku mengalami pendarahan dan perit perit menusuk perut akibat perbuatan berani pada malam hari mengangkat kabinet TV yang berat apatah lagi produk jati.

Ke klinik, begitu begini. Maka selepas diberi ubat maka harus balik ke Shah Alam. Mission Completed.

Ahad pula pagi pagi hari sudah keluar menyelesaikan misi meja makan ke Wescourt Bukit Tinggi menyebabkan harapan hancur musnah apabila meja rm 97 dan set katil dan almari itu yang berharga RM197 rupa-rupanya kalau dismackdown Acha confirm satu jam je sudah tumbang. Apatah lagi jika dilihat kononnya TILAM QUEEN PERCUMA itu rupanya sekadar tilam lembik yang kalau ko duduk sakit bontot ko kalau ko tidur confirm ko sakit belakang tak boleh beranak. Apatah lagi jika sekadar berkira kira mahu membeli meja sahaja cas penghantaran lebih mahal dari meja iaitu RM99. Damn. Mangkuk hayun WESCOURT aku boikot ko.

Operasi Gagal. Malah diselang seli bebelan encik suami. Tahniah WESCOURT!

Operasi Pizza Hut mengidam orang turun darah. Tidak berhasil di Klang Parade. Ada ke patut dicari Pizza Hut dkt Klang Parade tempat cina kaya lepak confirm tak delah! Nampaknya operasi separuh berjaya kerana berjaya pow baju Acha disitu. Tahniah.

Akhirnya, ke Bukit Raja Jaya Jusco juga aku sampai cari Pizza dan renew card JJ semata. Tak sempat ambil gambar sebab Pizza Cheesy Prawn tu hampeh tak sedap!
Sempat ambil gambar bila tengah tunggu turn utk renew JJ card.
Tahniah!
Balik ke rumah tergesa gesa ambil baju bagai berangkat ke rumah Kak Ma jiran abang di Puchong demi melaksanakan Iron Chef versi aku. BBQ lagi!





Maka dalam operasi BBQ itu adalah teriakan teriakan dan jeritan dan peluh si ibu si anak bergaduh di sana sini sambil melayan masakan di dapur dan perapan ayam BBQ terbaik. Tahniah. Misi kenyangkan perut berjaya meskipun baru lepas turun darah.

Tahniah for the hectic weekend!


22 April 2011

Untuk Lelaki



If I were a boy
Even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted and go

Drink beer with the guys
And chase after girls
I'd kick it with who I wanted
And I'd never get confronted for it

Cause they stick up to me
 
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they'd think that I was sleeping alone

 
I'd put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she'll be faithful,
Waiting for me to come home, to come home.
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed


It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake,
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrooong

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, ohhhh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man
You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed

But you're just a boy.


 
This is for my husband. I wish he would come down inside my heart and see how hurt it is for a women when you treated them bad.






lyrics found on http://www.lyricsty.com/beyonce-if-i-were-a-boy-lyrics.html

Nur

Semalam masa on the way nak balik ke rumah, dengar nyanyian duet Yasin dengan penyanyi amatur. Tak tahu siapa. Tapi suaranya boleh tahan meski pun tak boleh tarik macam Yasin.

Rupanya itu suara Tiz Zaqyah.
Sungguh! Aku tak pernah mengikuti setiap hari. Namun episod akhir cerita itu ku ikuti dengan rasa dalam kesemua kisah hidup Nur, dia sungguh beruntung kerana meskipun diduakan, dia sentiasa di hati suami yang satu.

Sungguh aku cemburu. Cerita nya bukan sekadar cerita.

Bait bait lirik itu juga meragut hati.
Rasa sepi.

"Lewat ini ku rasakan

Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan

Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan

Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti

Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih"

21 April 2011

Merah

Bukan sebarang merah.

Merah itu cili,
Merah itu lipstik,
Merah tandanya berani,
Merah warna menyala,
Merah hati mu,
Merah itu bayi,

Merah merah merah.


Merah tanda marah,
Merah tanda geram,
Merah tanda sudah tidak boleh sabar,


Merah tanda paha Acha merah,
ditampar peha berkali kali oleh aku maghrib semalam.


Bila sapu ubat pun tak elok juga,
Tidur dengan mata bengkak,
Menangis hingga jam 11,
3 jam berturut-turut kerana tak nak balik rumah.

Merah hatiku sedih,
anakku tidur dengan airmata dan mata yang bengkak,
sebengkak hatiku.

Kecil kecil sudah pandai tunjuk pe'el tak nak balik rumah, mengamuk-ngamuk, dipanggil perempuan yang sudah berkahwin tapi punyai skandal itu dipanggil mama?! disayang dipeluk mengalahkan sayang pada ibu sendiri yang mengandung dengan susah payah, melahirkan membesarkan! Sakit demam dia, ibu inilah yang jaga!

Huh sakit hati!

Bila kena ceramah dan dibebel begitu, tahu dia mengangguk angguk berkali kali pulak tuh!
Aduhai anak!

Tapi rasa bersalah juga.


Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...