Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

04 May 2011

Kurang

Sebenarnya sekarang aku banyak sangat kekurangan.
kurang duit tu rasanya semua orang hadapi.

sekarang,

aku kurang masa!

Kerja kerja dan kerja.

Balik rumah campak handbag, meluru ke dapur, terus ketung ketang masak. Hinggakan nak makan pun aku dah tak selera!

Sambil berperang di dapur, sambil pulas mesin basuh. Itu semi auto namanya. Ala cakap jela manual. Poyo tul.

Pastu, mandi siap siap hidang semua, makan. Sambil badan dah lenguh lenguh. Ya, lenguh kaki lagi harungi jalan sesak di PJ dan segala bagai lagi lenguh.

Dah tu, duduk makan pastu kemas tempat makan. Ambil kain di ampaian (sengaja dibuat selepas dinner untuk pecahkan lemak lemak di perut ye) dan OPS LIPAT pula.

Sambil sambil tu, bila encik suami ada, dia rajin hulurkan tangan ringankan beban. Dah buat ala kadar tu, sambil berperang dengan anak nak tidur dan nak menyusu, aku melayan minum supper encik suami. Harus air panas dengan makanan ringan bukan ringan ringan. Cukup sekadar tea-o cecah biskut. Tapi renyah juga sebab nak kena masak air dan nak kena alert dengan bunyi kettle macam tren berhenti di Padang Jawa tuh.

Aduh aduh.
Jika mood anak okay sikit, aku siapkan sarapan encik suami, biasanya cekodok atau sardin roll. Simple. Memang. Tapi, jam 5 pagi aku sudah bangun sebab operasi menyiapkan sarapan dan menggosok baju encik suami itu apadia kawan-kawan? itu HARUS!maksudnya bila waktu tak sempat atau terlajak tidur, kau minum air tea o malam tadi la encik suami! Janji tekak kau tidak kegersangan kehausan!

Jam 6:15 kejutkan suami. Bangun tidur, dia bersiap sambil menjamah sarapan superwomen beliau. Maka jam 6:30 dia bersiap sedia sambil membawa sampah plastik bewarna hijau pekat tanda songlap dekat ofis beliau. Hahahha. Eh, maka dalam masa 30 minit ke jam 7 pagi aku masih mempunyai 2 pilihan;

  1. bergolek gaya harimau lapar sambil melayan mata mengantuk. Qada itu harus! Qada tidur. Tapi jangan lupa solat subuh mu. Jangan solat subuh GAJAH pula.
  2. atau pilihan kedua adalah membuka blog dan mengemaskini blog. Itu pun setelah dirasuah anak ku yang berusia 2 tahun itu melihat VCD PENGEMBARAAN BERMULA UPIN DAN IPIN.

Jadi, bayangkan dalam 30 minit itu?? Pilihan harus tepat. Broadband Kuning harus jitu pantas bergaya, anak harus tidur, pakaian harus siap digosok, mandi harus kerbau sahaja!

Jadi, itulah sebenarnya motif "kurang", AMPUN SEMUA kawan kawan blog tak sempat nak update sangat sekarang ni. Tak sempat nak berblog walking bergetik bergedik sekarang ni sangatlah bz ditambah dengan bos gila kuasa bagi banyak kerja.


Sekian. Akan cuba balas semua komen dan semua entry kalian. SEMUA??????

Ye.


Ye.


Ye.

 

Harap gambar gedik kami dapat hapuskan rindu kalian padaku.




Juga dapat hilangkan marah kalian tak balas komen kalian.



Tak berkomen komen di blog kalian.



hihi..



10 comments:

  1. kesian nya.sibuk ye keje.

    p/s makan sardin roll pagi memang sedap.huhu

    ReplyDelete
  2. apap un utamakan keluarga yer..sy pun skang kadang2 tak sempat update.busy jugak..masih byk yg belum beres!

    ReplyDelete
  3. pergh...kak wan...

    gigih gile..

    takut nk kawen.. T___T

    ReplyDelete
  4. ooo..kureng masa rupanya..sib baik aku tak ngamok..kihkihkih..

    takpe, aku rasa apa yg ko rasa...huhu

    ReplyDelete
  5. samalah kita..sangat bz skrg ini.
    pg pergi keje pukul 6am, balik pukul 8.30. lepas tu hntr anak pergi sekolah pukul 9. pukul 12ambik pulak sbb nak kasi makan. lepas tu pukul 12.30 kena hantar lg. pukul 3 jemput balik.

    kadang2 kene kerja ptg pulak pukul 6-8pm.. penat gilo.. tu tak kira lagi masak, membasuh, mengemas... blaaaa.. blaa.. bla.... letiiihhhhhhhhh.. dh nak tdo br smpt mengadap blog.. tu pun kalau x tertido... :P

    ReplyDelete
  6. Wan~memang! sekarang SANGAT sibuk.

    SANGAT, jarang jarang je ada masa online.

    ReplyDelete
  7. Muni~yes..family first, anda memahami kerana anda juga ibu!

    hikhikhihkh..

    ReplyDelete
  8. Miss~itula dugaan org berkahwin terutamanya wanita!! terutamanya mereka yg bekerja!!

    Waaaa.

    ReplyDelete
  9. Sha~jangan marah2 hikihik..

    aku sibuk sungguh skrg!ms pun KURANG!

    hehehe. sayang Sha!

    ReplyDelete
  10. Bunga~ masa nak tidur pun terasa tak lalu dah nak bygkan kerja rumah berlambak. baju bertimbun. erk.

    ni anak br sorg? Kalau 2 mcm u? Kalau 3 mcm ofismate i???????


    Waaaaaaaaaa...

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...