Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

10 May 2011

Visiting

Jangan lupa selalu berhijrah atau bertandang ke rumah kawan kawan sambil menghabiskan masa sambil memecahkan lemak sambil bergolek golek dan bersembang kosong di rumah kawan meskipun sudah masuk senja juga kau tidak perasan.

Hujung minggu yang lalu, pada pagi ahad yang sejuk ku kerah Wan Mastura bangkit tidur awal awal sebab mahu bertandang ke rumah baby cantik bak kata Acha bila melihat foto anak kawanku itu di mukabuku. Heh panjang ayat takde koma takde noktah penat nak baca sekali harung yang ni pun kau baca jugak apa ke hal nye yop?

Okla, jom layan baby comel ni. Sungguh aku was-was dari mana kedatangan kecantikan kebudakan itu. Hihi. Dengan hidung mancung (ikut siapakah?), kulit putih melepak( oh, bapaknya putih jugak), bibir kecil( errr??) dan ala korang layan jela gambar baby comel ni.




Adakah betul sangkaan mama Batrisya Irdina ni bahawasanya terkenan kan ACHA? eh? acha masa kecil kecil dulu tak putih cenggini. Bab bibir kecil tu harus diakui la beb. Sebab masa kawan aku ni dalam pantang dia selalu datang rumah aku dan berkenan sungguh dengan Acha. Siap cakap "Aku nak anak aku comel macam anak kau". boleh macam tuh?Cuma irasnya memang ada, malah melampau pula bila iras Batrisya ni seperti iras anak buah ku Ajim mat salleh celup itu. ini sudah pelik. Adakah adakah kami sebenarnya saudara jauh bau bau belacan? Atau sebenarnya kami adik beradik pada hayat yang lepas?ok itu meraban.


Ok sila jangan marah ye Naimah. Tapi siyes anak ko santek beb!


P/S: Naimah Saarani, teman semasa susah senangku.

5 comments:

  1. haah la.dahmacam ajim celup dah.haha.terkenankan acha..huhu..acha,meh dtg lawat pak cik kat sini

    ReplyDelete
  2. nak baby...nak baby..nak baby sendiri...


    uwaaa..~~

    ReplyDelete
  3. Wan~kalau Acha pegi tpt wan, wan igt wan leh jd cantik la ye?????Hihiihi..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...