Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

21 September 2011

1,2,3.

Tarik nafas, tarik lagi.
Sudahlah semalam semput mendengar maki-makian dan carut-mencarut yang sungguh indah dan menyelesakan telinga dan tekak. Hari ini pula pagi pagi menolak kereta menghalang laluan.

Bangun pagi berkemas sana sini barang berselerak. Tak perlu kira lagi stok baju bajan kayu kayan yang tidak terlipat. Anak oh anak.

Bila penat begitu, aku perhatikan tingkahnya.

Setiap malam sibuk menguruskan pengangkutan awamnya. Lori, bas,treler, kereta polis. Tidak lupa senduk kuali dikeluarkan, memasak sebelum keluar kerja agaknya.

Dah siap masak memasak ketung ketang, dia keluarkan handbag dua bijik, kasut dan selipar 2 pasang. Lepas tu dia bersusah payah keluarkan lori, bas, kereta polis, treler 2 biji, dan last sekali basikal dan kereta sorong.

Dua treler biru dan hijau (container besar ni) bersama dengan bas balik kampung.

Corner sana corner sini. Siap excident. Siap bercalar balar kenderaanya..Treler jugak tercabut tayar. Ades.
Siap baby tercampak dari tempat duduk.
Bila dah kemalangan, bersusah payah ambil hp nya call on tow truck.

"Hello. Koi kakak excident. Rosak"*koi tu refer kepada treler. Dah puas ajar nama kenderaan tu treler, bukan koi. Koi tu apa? Hard to explain.

Lepas tu mengangguk angguk paham. 
"Ok ok"
*Agaknya on tow truck dah promised nak datang pick-up.
*driver treler rupanya dia.

Hp dimasukkan dalam handbag. Tak tahu nak letak dalam handbag kanan ke kiri, last2 hp dimasukkan dalam raga basikal.
Sambil membetulkan rambut beliau.


"Hish rimas". *Kecik kecik dah pandai complaint rimas!

Dah eksiden treler dua biji dgn bas (nahas jalan raya yang mengundang maut ni kalu real ni sbb kenderaan berat), tiba-tiba kereta polis muncul. Pantas polis ni bertindak. Polis seorang je. Yang peliknya, sebelah polis ada anjing. Siap bunyi siren. 
*Polis oversea kot ada anjing duk sebelah ni. Maybe keadaan oversea ni. Hehehe.

Lepas tu dia kayuh basikal ke tempat kejadian (mungkin sebagai saksi kemalangan), masa tu dia menyelamatkan baby yang tercampak.
*sebenarnya tak pasti baby tu siapa yang bawa, penumpang bas ke driver lori yang bawa anak masa keluar bekerja? Fikirlah mana logik ok. kihkih.

"KESIAN baby, sape buat sape buat??"

Mula mula muka dia memang tragis dan dramatik, lepas tu pangggg bunyi. Terkejut aku tengok dengan tak semena-mena dia menyepak treler hingga bergelimpangan. 
"Satu dua tiga "dia mengira-ngira, ingatkan nak kira kenderaan kemalangan. Rupanya, bersiap sedia menyepak bas pulak. Aduh. Emosional betul saksi kejadian ni. Tak semena mena disepaknya kereta polis.

Tak sampai dua minit, dia susukan baby. Haih, confuse2. Bukan ke kena bawak pegi hospital dulu??


Moral dari perhatian ibu terhadap anak berusia 2tahun 8 bulan ini;

  1. bersikap waspada di jalan raya
  2. saksi kejadian jangan emosional dan jangan hanya tahu melihat saje tapi kena tolong jugak.
  3. si ibu iaitu aku kena ajar anak beliau itu supaya mengenali fungsi ambulans dan hospital*sebenarnya dah ajar, maybe tak berapa jelas.

p/s: sebenarnya, dia ni ada cita-cita nak jadi driver ke, sbb semua pengangkutan awam dia minat? Confuse.



2 comments:

  1. hahaha minatnya tu msti berubah nti,cuba perhati lg bila dia bermain.kehkeh but nice entry..acha..acha..:)

    ReplyDelete
  2. Muni,
    gaya tu bermasalah. sbb takde ciri2 keperempuanan meskipun org nya mmg slow n cermat serta berhati2 bila membuat kerja namun perilaku nya, minatnya lbh kpd kenderaan.
    APAKAH?

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...