Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

14 September 2011

Maggi Goreng

Ramadhan sudah berlalu.
Namun gerai makan tidak semua kembali beroperasi.
Mungkin masih dalam mood raya.


Maka, kami yang memang kuli batak ini harus kembali bekerja mulalah mencari-cari "lunch menu" akhirnya tersesat ke gerai mamak  yang tidak ku tahu adakah mamak atau hindu.


Order mee goreng.
15 minit menunggu.
Bila melihatkan hidangan yang nampak suram dan sayu, ku pesan telur mata.
Bila melihatkan minyak yang bergelimpangan di seluruh permukaan telor itu, hati terasa syahdu.
Cepatlah aku dapat penyakit kalau hari-hari macam ini.


Ku gagahkan suapan demi suapan walaupun sebenarnya tidak lebih dari 5 suap. Lalu ku berhenti menyuap. Tiada rasa, tawar lembar. Pedas pun tidak. Sungguh rasa payau tekakku. Sudu garpu diterbalikkan. Tolak pinggan ke tepi sambil berkira-berkira mahu mengisi perut dengan dua potong buah. Ketika sedang berfikir itulah, aku terfikir.


Aku di Malaysia, di sini, di PJ ini, makanan tidak sedap, ku tolak tepi. Sedangkan berapa ramai dan berapa lama antara kita masih kelaparan. Tidak perlu di Somalia, di Malaysia sendiri bila dihitung hitung tidak terhitung.


Bila mengingatkan meggi goreng, teringat sewaktu kecil-kecil dulu, ayah akan membelikan  maggi 5 bungkus, biasanya maggi kari untuk diberi makan kami adik beradik. Hati punya suka. Maggi tu umpama KFC bagi kami masa tu.


Selalu tak cukup. Selalu kering pinggan disapu habis.
Ibu ayah tidak merasa pun tak  mengapa.


Bila diingat-ingat begitu, terasa betapa dasyat nya aku. Makan pun memilih-milih. Kedai pun satu, terlupa ke masukkan perencah? Rasa macam nak masuk ke dapur pakai apron ketung ketang masak. Kang tak pasal-pasal dari bekerja kat PJ terus meniaga gerai di PJ. hahaha.


Apa-apa pun Aidilfitri 2011 the best lah dengan hiruk pikuk dan kemeriahan adik beradik,sepupu sepapat, dan sanak saudara. Dimeriahkan lagi dengan majlis perkahwinan sepupu ku yang comel lote.

















Akhir kata, dari susah dari senang, kami sekeluarga sentiasa bersatu, tidak mengira panasnya cuaca atau rebahnya timun atau tenggelamnya tembakau dek ribut petir, kami sentiasa punyai satu sama lain.


Dan, maggi sentiasa membawa cerita untuk kami.
tidak lupa juga hasil memukat hari tu, udang besar mengalahkan galah itu dijadikan maggi udang. slurpp..





Sekian.

2 comments:

  1. awat dok sopan sangat pakai tudung ngan seluar pendek tu??


    hahahaha

    ReplyDelete
  2. gua lepas raya ni asik melantak nasik goreng ayam, x tau la apesal selera berubah 360darjah

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...