Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

15 April 2011

Saya Menangis

Saya tidaklah sukar diduga, saya menangis bila saya sedih. Saya paparkan muka tak suka bila saya di benci. Saya biasanya seorang yang sejuk dan selalu tersenyum. Malah selalu tergelak besar juga bila ada benda melucukan. Saya juga peramah dan saya juga cepat marah bila selalu sangat saya dicari salah. Dari awal hingga kini betapa banyak saya tak boleh buat itu ini.

Inilah kali pertama saya bekerja saya selalu dikecam dan diberi amaran. Kalau anda punya pemikiran seperti saya, tentu anda rasa tak logik.

Tapi percayalah, ia sememangnya berlaku!

  1. Tak boleh pakai but yang nampak kan saya sungguh bergaya.
  2. Tidak boleh guna internet. Saya pelik sebab kerja saya memang melibatkan internet. Saya di zaman batu kah?
  3. Tak boleh MC. Di mana anda MC, disitu dicari dan ditilik dan diphotostat setiap klinik saya pergi. Saya suruh call sahaja clinic, tak pula dia call. Manalah tau saya kan penipu. Peliknya orang lain tidak pula dia rajin nak cek ke lubang cacing.
  4. Tidak boleh guna toilet yang sama. Sini toiletnya ada 2 sahaja. Tak banyak. Saya yang tak tahu dan lurus bendul, masuk ke toilet tanpa rasa apa apa. Mana kosong, saya masuk. Sekarang toilet sudah berkunci. Itu KASTA namanya.
  5. Tidak boleh guna cawan pejabat, cawan khas itu untuk mereka sahaja. Kalau khas, ambil taruk asing. Senang, kunci dalam bilik anda!
  6. Tidak boleh AL tanpa attachment. Nak AL pun guna attachment kemana anda pergi. Oh peliknya. Adakah saya di neraka dunia sekarang ni?
  7. Tidak boleh lambat meskipun hujan atau jem. Sekali lambat terus saya diberi warning letter. Terima kasih.
  8. Tidak boleh ambil EL. Nama pun EL kan. Kalau tak emergency saya tak guna EL. Anak saya sakit, saya tak pernah menipu pasal anak sakit. Kasihanla anak saya tak bersalah. Saya EL 2 hari bukan 2 minggu.
  9. Tidak boleh keluar lunch bersama kawan sepejabat. Sebab itu saya sentiasa wujud di waktu tengahari.
  10. Tidak boleh berpakaian cantik dan menyerlah walaupun baju itu sekadar baju biasa sahaja bukannya beratus ribu.
  11. Tidak boleh memakai handbag atau barangan berjenama walaupun imitation. Apatah lagi yang asli Gucci.
  12. Mesti reverse parking. One of 15 safety method katanya.
  13. Terbaru, tidak boleh cakap telefon. Padahal saya menggunakan telefon sendiri dan saya pelik sebab saya amat jarang bercakap di telefon. Dan, biasanya adik beradik saya yang telefon.

Dan saya sungguh sedih. Sungguh, saya termenangis mengenangkan banyaknya senarai kesalahan saya!

handbag Gucci ini juga menjadi jelingan tajam. kesian kau jadi mangsa.


p/s: saya pelik sebab semua kesalahan ini hanya pada saya ditilik tilik.

16 comments:

  1. Uish... U keje mana ni. Semua pun tak boleh? Sabar ye...

    ReplyDelete
  2. beg 2 bg kita la...selamat skit!hahahahaha

    ReplyDelete
  3. sabar je la akak,kalau wan ada kat situ,memang orang tu nak kena terajang free je.

    ReplyDelete
  4. Siti Radz~sebuah compny Melayu teeeeeeeeettt di Klang Valley. Semua pun tak blh. Patutlah ramai yg berhenti!

    ReplyDelete
  5. Wan~sabar! Mmg sabar sbb kenangkan anak ni.

    ReplyDelete
  6. wan kompeni apa tu?cari la keje lain...kejam sangat la..wan grad apa ye?kalu amik bidang secretary, kat kawan akak punye kompeni ada kosong..tapi kat jln tun razak kl la..

    ReplyDelete
  7. Kak Su~company Melayu. Saya grad sains politik tp kerja sy mmg sll buat P.A &Secretary kak..

    ReplyDelete
  8. teruknya..semuatak boleh.macam kerja dlm penjara..:)

    ReplyDelete
  9. ishhhhhhhh.!

    siapa yg buat mcm ni?
    diskrimansi gila2.

    sabar kakak!
    hanya itu yg mmpu ku tolong,
    walaupun cakp itu sng, org yg mengalaminya lagi susah..

    ReplyDelete
  10. mak aii..kompeni apa ni wan..kuat sungguh kesabaran ko yer..itu ader bunga2 suh ko berhenti apa..kejam lagi bangsat..melayu ka mereka???

    bila pangkat menjadi tuan, hilang slogan, budi bahasa budaya kita..sabar wan..

    tadi pon baru jer kawan sekerja menangis sebab bos yg #%@$%... moga diberi kekuatan dan dibuka pintu rezeki yg lain..insyaAllah

    ReplyDelete
  11. stressnye keje tempat nie...cri keje lain je la

    Salam Ziarah
    mey join GA mima||
    http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/04/hye-semua-okay-kali-nie-mima-pulak-nak.html

    ReplyDelete
  12. Murni~memang rasa macam duk dalam neraka. bukan penjara lagi dah! neraka dunia la. neraka akhirat takutla oi!

    ReplyDelete
  13. Qila~kerja org atasn la. sedih heh kerja dgn company Melayu tp depa kejam nak mampus dgn Melayu sdiri!

    ReplyDelete
  14. Sha~doakan aku. Skrg ni aku terpaksa sabar Sha sbb aku prgnt! Ssh heh nanti nak bersalin takde kerja.

    :(

    ReplyDelete
  15. Cik Mima~mmg saya nk cr kerja lain, tp sy prgnt skrg ni.

    sabar jelah demi anak!

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...