Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

28 April 2011

SEGMEN: SAYA SAYANG IBU


Sempena hari ibu, dan tidak semestinya Hari Ibu baru nak appreciate si ibu yang sungguhla sabar dan kental hati nya walaupun kita selalu dibebel dan dimarah walaupun selalu rasa itu tak adil ini tak adil tapi dia tetap ibu yang dipanggil mek.

Thanks to Numasara Ana yang anjurkan segmen ini dan Wan yang sudi tagged akak juga!


Mek;

Bila sebut pasal mek dan aku, anak no 3 yang memang berunsurkan api. Tentu ada banyak kisah tangis tangkap leleh. Mek, bila hidup bersama dengan wea(ayah) memulakan hidup dengan susah payah. Menanam tembakau, timun, kubis, cili, terung, petola dan pelbagai untuk dijual. Dari kecil aku tak pernah lupa bagaimana mek mencari duit saku anak anak dengan menyuruh anak anak membawa bekalan nasi berlauk dan nasi lemak untuk dijual di sekolah. Ye, beg ku berat dengan nasi. Bukan buku!

Kesan: Aku seorang yang suka berniaga dan sangat survivor!

Masuk ke sekolah menengah, aku dipaksa ke sekolah berasrama yang mana memang aku sangatlah tidak gemar pada asrama yang ada waktu makan tetap, ada waktu tidur dan kena paksa ke surau. Kalau tak ikut, denda dan denda! Heh! Juga dipaksa mengambil mata pelajaran bahasa Arab walaupun aku haram tak minat. Waktu itu aku memberontak dalam diam. Sakit hati! Mek sentiasa mahukan anak nya ini perfect bilamana hati ku ini makin dilarang makin enggan!

Kesan 1: Aku sangat sukakan asrama dan aku menjadi seorang pengemas dan berdikari bermula dari sekolah berasrama. Kdg2 terlebih berdikari pula bila dengan berdikarinya keluar asrama curi curi melalui longkang besar tanpa rasa bersalah dan punyai ramai kawan! Suka heh!

Kesan 2: Sampai ke PMR, last last minute aku tekad senyap senyap tak ambil paper Bahasa Arab. Aku ini sememangnya manusia yang tidak boleh dipaksa. Kesannya lagi, aku memang bengap bahasa Arab dan nahu nahi nya. Erk..

Lain jadinya bila aku masuk ke Uitm Kedah,

Aku masih tak sangka bila dikenang kenang semula. Kami berutus surat! Erk. Mek membalas surat surat ku. Dan aku tak sangka mek juga yang memulakan surat kepadanya memandangkan aku lah yang selalu dimarah dan diganyangnya bila degil dan suka memberontak namun anak ini lah yang dirindui gaduh gaduhan denganku dan anak inilah yang pertama berjauhan dengannya. Siap tulisan tulisan dakwat ball pen mek itu membesar akibat ditulis bersama airmata. Isi kandungannya biasanya berkisarkan adik adik dan keadaan mek serta tanaman. Tak lupa mek menasihatkan aku belajar jangan asyik ponteng.Masa tu kami mula rapat bila berada jauh. Bila cuti sem, kembalilah aku dengan mek dan kembalilah pula adegan bebelan mek dan ada saja yang tak kena pada aku di matanya. Oh mek!

Kesan: aku juga turut membalas surat mek dengan dakwat tulisan yang besar besar gara-gara airmata meleleh ke kertas dan di tengah tengah malam sajalah aku menulis. Malu beb! Muka brutal, cakap brutal, dalam hati jiwang!

Bila sambung ke degree di Shah Alam Dec 2004, oh ya.. ini sedih sikit. Mek marah sangat padaku. Dan sungguh aku kecewa, bila kali ini mek mempercayai fitnah dan mulut jahat serta longkang mengata macam macam pada aku ni sewaktu aku kerja di K.L pada pertengahan tahun 2004. Masa tu, sungguh..aku membawa hati. Aku kan jenis memberontak dalam diam. Bila mek membebel dan marah marah, aku diam sahaja. Namun, langkah terakhir 2004 dari rumah ke pintu Uitm untuk daftar pelajar Degree sesi Dec 2004-Dec 2006 sungguh merupakan langkah terakhirku dari rumah. Aku tidak pulang-pulang. Meskipun raya, meskipun derita. Sungguh, hatiku tekad. Bertahun aku tidak pulang pulang. Tiada telefon,tiada berita, tiada suara.

Hinggalah hari graduation day tahun 2007,
barulah mek muncul. Sewaktu itu keadaaan masih tegang. Aku membawa diri membuat batik di Karak. Di situ lah aku makin menjauhkan diri.

Hinggalah ambil keputusan berkahwin juga, hinggalah aku tekad segala galanya adalah risiko ku. Buang emak buang saudara, kerana kasih ku turutkan. Begitulah aku.

Namun, tahun 2009 bulan March, Acha berusia 3 bulan.
Di situlah rupanya rahsia hubungan seorang ibu tidak pernah putus. Mek tidak langsung membuangku, malah kerana itulah mek lebih menyayangiku. Malah hubungan sekian lama renggang bertaut kembali. Lebih rapat dan lebih suka.

Tak sangka.

Kesannya: Aku lah anak yang degil namun akulah anak yang sangat sangat rasa bersalah kerana sungguh aku sedar aku mengecewakan hati nya. Harapannya. Harapan kedua ibu bapaku. Sungguh, bila punya anak, kau akan rasa getar nya dirimu bila berhadapan dengan anak dan pe'el anak sendiri. Sungguh, anak adalah segala galanya. Baik atau buruk. Busuk atau wangi. Dialah anak yang dikandung sesusah dan sesenang hatinya.

Maafkan Sah, kerana sungguh keras hati!

Ampun kan dosa anakmu!

Mek is superb mum!


I love you more than words can say!



Disini saya tagged kawan alam maya saya yang selalu support saya.

Sha & Muni.Harap kalian bukan anak yang mengecewakan macam aku ok!
 Love you all lah!:)

5 comments:

  1. thakns... kisah yg sangat menyayat hati....

    ReplyDelete
  2. sedih kisah wan nie.oh sy sedang sibuk.br saja agkt brg.pnt tak hilang.mlm nie nk btolak ke sp.nti nk kemas brg kt rumah br lg.Insyallah klu smpt sy buat,tq yer tag!

    ReplyDelete
  3. everyone is not perfect. wan pon pernah buat mak menangis.wan bukanlah anak yang baik.bila terfikir balik,layak ke wan masuk syurga bila dah buat mak menangis.wan inginkan yang terbaik buat ibu.walau sem lepas,result exam benar-benar hampakan ibu,tapi wan redha.itulah usaha wan untuk mak selama ni

    ReplyDelete
  4. emmm..dak degil rupanya..hehe
    air di cincang x akan putus dear..inikan pula dgn ibu sendiri...

    tq TAg aku..nanti aku pikir nk buat karangan camner ;-)

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...