Entry ini mengisahkan tentang dua officemate yg kebulur tahap gaban beranak lapan. Mula-mula officemate aku menerkam dodol dengan ayu nya. Aku yang tekun menghadap keyboard pc tak rasa apa-apa lagi.
Lepas tu aku tengok dia keluarkan sudu dan cawan kecik comel cinonet je. Aku toleh ke kiri bila dia asik ulang pegi ke meja sebelah.
Dasar perakus. Tapi sedap juga ye nenas smlm? Heh! |
La..rupanya, tin nenas tu dirobeknya rakus dgn pisau. Dan tin nenas itu sudah ternoda yew. Maka, bila dia duk ulang-ulang tambah tu, buat aku terliur meh. Lantas aku pun turut rakus ambil sudu dan sebab pemalas sejak azali lagi, aku makan je nenas tu dari tin. Senonoh tak??
Hew hew..ok la, sila jangan tiru aksi berikut.
ps: untung juga kerja kami ni eksport makanan, bolehla kami eksport makanan ke dalam perut kami, atau boleh juga eksport ke handbag kami. Hoyeh.
pic:credit to pakcik yahoo.sejak camera aku bangang,keje aku google je la kat yahoo.erk.
hahahah nak nenas tin 10 leh tak??? lame tak makan nenas tin ni :)
ReplyDeleteHeheh. Han,kalau 10 tin mau cirit birit sakit perut. Hahhah..
ReplyDelete