4 Feb 2011
Dalam duk bosan2 menggila dekat S.Alam, setelah ambil Long & Mai dkt Hentian Kajang, kami angkut dorang pegi Perak dalam istilah two in one sambil2 balik jenguk rumah kampung encik suami di Sungkai. Disebabkan dekat dan disebabkan jakun tak pernah mandi air panas, terujanya berlebihan pulak. Hehhehe.
Disebabkan gatal2 kudis buta, aku buat alasan insist juga nak pergi Hot Spring. Maka, sampaila disana kami berlima termasuk budak montel yang suka main air sampai tak mahu balik! Hish..sila2 la pergi sana. Best! bayaran masuk rm 10 sorang utk dewasa, budak 3tahun ke atas dikenakan bayaran rm7, syukur Acha baru 2 tahun, dah masuk 3 tahun tak payah pegi dah! Hahhah.. Okeyla, layanla gambar2 ni memang teruja weh..aku google je kat sini sebab kamera aku kan bangang! so, takde gambar kami..sob2...
Walaupun ada insiden tak puas hati dgn polis bantuan yang kerek sampai rasa macam nak hempuk dia. tapu kami cool sebab air hot & cold tak sabar menanti kami! Hoyeh! hehhe...
Lepas mandi air sejuk ni, kenala naik ke atas gelungsur tu. Syok giler. Berkali2 aku naik. Sampai masuk air dalam hidung la. Hahhahha...
Air dari tempayan ni buat aku taknak balik. Sejuk gileerrrrrrrrrrrrr!! |
Hot Pool-sini memang best, suka sbb takyah g sauna dah. Hehhe..Bajet murah je rm 10 rendam la selama mana pun! |
Sape2 nak pergi jalan2 tapi bajet ciput? Dtgla sini. Hehheheh....
ini kat kawasan felda kan!!wah cantiknya tempat ni..hehe..duk kajang je ke?
ReplyDeleteha'ah kwsn felda..akak duk S.Alam dik, cuma g amik ank buah tu. dia trn bas dkt hentian kajang, mau sesat barat akak cari Hentian Kajang Jalan Reko tuh. Igtkan Hentian Kajang dkt pekan Kajang lah. Hahhah. Apa2 pun mmg best HotSpring ni..
ReplyDelete