Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

14 February 2011

Interlok & Kampung Boy

Interlok. 

Alhamdullilah, tidak ditarik balik.  Aku 100 % setuju dengan pendapat GAPENA.
Namun novel Interlok ni sungguh interlocking. Apatah lagi bila kiri-kanan mahu politikkan keadaan ini.

Perkataan "Paria" di politikkan. Unsur-unsur kasta juga dilibatkan. Tanpa usul periksa pihak disana sini marah, melenting. Paria di dalam novel berkenaan ditulis dengan huruf besar ‘P’ bukannya huruf kecil ‘p’. Perkataan yang bermula dengan huruf besar ‘P’ bermakna kata nama, kata khas yang merujuk kepada satu kasta.

Perkataan yang bermula dengan huruf kecil ‘p’ merupakan satu konsep generik (umum) yang menghina. Di dalam novel ini digunakan huruf besar ‘P’. Jadi, tentu tidaklah penulis mahu merendah-rendahkan kaum India. Tidak tidak.
 

Interlok mengandungi empat bab atau buku. Buku I bertajuk Keluarga Seman; Buku II Keluarga Cing Huat; Buku III Keluarga Maniam, dan Buku IV Interlok.


Jangan terkejut jika Interlok juga bercerita tentang kelemahan masyarakat Melayu dan Cina seperti di dalam Buku I dan II. Di dalam Buku II yang bertajuk keluarga Cing Huat, ada ditulis tanggapan orang Cina bahawa Melayu dan India itu sebagai Huan na (Hui) yang bermaksud tidak bertamadun (savage, barbaric), di samping Malai kuai (kui) yang bermaksud hantu atau syaitan.




Ini sebenarnya lebih menarik bila orang Cina dan Melayu tidak pula melenting bila dikaitkan dengan tidak bertamadun dan mengaitkan hantu dan syaitan?
Dari dulu kita semua dimomokkan dengan cerita hantu.


Agak menarik dan membuat hati mahu memiliki novel "interlok".

Namun, akhir kata, kita tidaklah perlu bermusuh dan berbalah dan seterusnya politikkan isu sebegini. Moga maju jaya penulis-penulis di Malaysia. Cerita-cerita begini harus ditelan walaupun pahit.


Kampung Boy.

Tentu ada manisnya seperti "The Kampung Boy" by Lat. Tentu banyak yang tersenyum dari terjuih2 kan bibir. Kalau cerita-cerita sebegini dihidangkan, tentunya menggamit memori. Yang mudahnya, semua akan tersenyum tatkala melewati bait demi bait kata-kata penulis Lat.


Cerita tentang Mat, budak kampung di awal 1950-an, penuh momen berharga, tentang hidup di kawasan pedalaman, suasana kampung, kegemarannya yang suka memancing, bekerja di rubber plantation. Heh! penuh memori. Harus dapatkan novel nih!





Sumber: Utusan Harian






































1 comment:

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...