Rompak rompak rompak. Cuba sebut banyak kali. Heh, janggalnya perkataan ni. Namun, tidak janggal lagi bagi kami penduduk di Kampung Sungai Dua, Mukim Melawi, Daerah Bachok. Sejak dari dulu, perompak seakan tegar merampok kawasan rumah kami.
Namun, adat lah manusia bila masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau mengaum. Eh, korang taktau ke? Perampok2 ni pandai. Dekat kg nak curi aponya kalau bukan ternakan dan tanaman. Sebab dekat kampung, target ni kena betul. Pehatikan rumah yg ada kandang kambing or lembu, dirembatmya kambing lembu tu. Lagi-lagi bila nak qurban atau akikah. Siot betul.
Kandang harimau takde pulak. Kalau ada, biar ngap dorg tu. So, dorang apply peribahasa tu betul-betul. Kan kan?
Kandang harimau takde pulak. Kalau ada, biar ngap dorg tu. So, dorang apply peribahasa tu betul-betul. Kan kan?
Kejadian Satu
Kak Ani(jiran depan rumah kami dkt kg), sedang berdiri di hadapan rumahnya sewaktu kejadian kambing nya dirampok dengan menggunakan kereta. Kesian kambing tu disumbat di dalam bonet. Tergamam. Kak Ani tidak dapat berkata apa-apa selain menjerit. Hanya slps berlalu pergi. Oh ye, kejadian waktu SIANG ok. Dilakukan sebelah siang sbb org kg sll takde waktu siang sbb berkebun. Atau sng ckp, mmg bahlol perampok ni.
Kejadian Dua
Awal pagi. Sewaktu Husairi masih anak muda belia lagi, mat pet menaiki kapcai buruk telah bersedia merampok kapcai mek yang mek selalu guna ke kebun. Belum sempat berbuat apa-apa, parang panjang sudah berada di atas tengkuk perampok itu apabila Husairi diam-diam membuka tingkap. Bravo adikku!
Er..yang bangangnya, bila hari dah siang, dia datang lagi. Knp? Dtg amik helmet. Bangang nye mat pet nih.
Kejadian Tiga
Baru-baru ini, ternakan Kak Anii dirampok lagi. Kali ini berlaku hujung tahun 2010. Hish bangang-bangang. Eh, kenapa asik Kak Ani je kena rampok? Sebab umah dia banglo der.
Kejadian Empat
Rumahku selalu dinaiki perampok. Namun, perampok yang naik tu selalu pulang dengan tangan kosong kerana handbag digeledahnya kosong, IC pun takde! Geledah semua tempat tak jumpa. Sbb mek mempunyai akal yg lagi bijak dr perampok. Duit tidak diletakkan tpt yg sepatutnya. Bkn dlm handbag.(Er..aku pun amalkan petua ni) Jeng jeng.. Fikirlah sendiri.
Dirampok juga waktu siang. Balik-balik rumah dah bersepah. Tiada kemalangan jiwa.
Kejadian Lima
Rumah sepupuku dinaiki perampok. Mereka adik beradik diacu dengan pisau rembo. Seram heh!Dipercayai motif dendam, dipercayai warga asing yang melakukannya.
Berlaku di tengah malam di Sabak Bernam. Untuk keterangan lanjut, suh dia lah buat entry tuh. Heheheh.
Pernah dirampok?????????
Pisau rambo. erk..minta simpang. |
Minta-minta semua benda tak baik dijauhkan.
lucu pon ada kisah2 perampok tu, tapi takut jugak..mintak2 lah dijauhkan..
ReplyDeleteisk
ReplyDeletekak ,
kalo jumpe perampok tuh
kite kasi sunat die !!
heeeee