Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 February 2011

Kecewa

Kecewa. Sungguh kecewa.

Hak sebagai manusia diketepikan. Hak sebagai ibu dilempar jauh-jauh. Hak aku. Hak aku. Aku yang berhak ke atas nya. Kalau masuk mahkamah pun aku yang menang. Tak payah fikir dua kali. Heh.

Dia tu orang yang aku amanahkan jaga anak aku. Tak payah nak memandai. Tak perlu lebih-lebih. Tak perlu emo-emo. Jadi, aku cool saje ye. Walaupun tahap sabar tu sbnrnya dah tipis. Setipis kulit bawang.

Malam tadi pun dia dah minta selendang hitam yang aku pinjam sewaktu kenduri arwah. Takpe. Aku tak kisah. Tahu dia bengang. Tapi bak kata suami, jangan bermasam muka duduk di bawah satu bumbung flet.

Muka dia masam mencuka. Marah agaknya. Sepatutnya aku yang marah? Sebungkus nasi goreng ku hulurkan padanya. Sebenarnya, tujuan nasi goreng itu untuk ku duga sejauh mana hati nya.

Tidak mahu fikir bukan-bukan. Tak mahu jadi negative. Tidak mahu paranoid. Aku berlalu pergi.


Dan gelagat2 Acha selalu buat aku terfikir soalan-soalan berikut;
Adakah budak comel ni selalu dibiarkan tak mandi?

Adakah sikap selalu OPS SEPAH buatkan si polan itu mencubit peha sampai lebam-lebam?

Suka meneroka menyebabkan dimarah dijerit?

Menggodek laptop serta Hp merupakan favourite montel

Bila penat montel Acha dibiarkan tidur sendiri?

Selalu dibiarkan comot begini?



Hp si polan selalu digodek menyebabkan kemarahan si polan?


Kerana aku tahu bagaimana buasnya anak aku nih. Aku sendiri pun hilang sabar, apatah lagi dia? Bagaimanakah beliau menjaga si montel selama 2 tahun ini...Aku takut untuk mengetahui.



2 comments:

  1. kalau nk dipikirkan mmg takut sbnrnya..tapi as long anak masih ok..baik jgn di antar lgik ke situ

    tapi u..mmg penyabar btul..

    ReplyDelete
  2. Adyshariz~entahla. agaknya saya ni nampak mmg kasar, tp jiwa mudah kesian dkt org.
    anak sy tak dihantar ke situ dah, itula muka dia masam mencuka sebab mata pencarian dah takde. kalau dia jaga elok2 selama ni tentu sy tak buat keputusan mengejut bila tahu hal sebenar.

    sy hampa, sebab sy anggap baby sitter ni umpama second mother untuk ank sy sbb dialah pengganti tunjuk ajar anak bila kita kerja.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...