Musim tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Suara pun dah bertukar jadi Ella (sila lentok kepala gaya Ella yew). Sekarang scabies dah hilang. Oh ..scabies?? Cop..cop..Dan teringat satu hari yang panas di Klinik Seksyen 7 sebab scabies.
Aku minta AL sebab aku tahu jangan harap ye nak MC dekat sini.
Tengahari 25 Jan,
sebab cuaca panas dan sebab tahu parking di klinik s.7 tu pack sungguh buat encik suami drop depan entrance klinik. Seperti selalu aku keluar berlenggang kangkung, namun Acha sempat rembat "beg skul" dia yang berwarna purple tak berapa nak purple tu.
Tengahari 25 Jan,
sebab cuaca panas dan sebab tahu parking di klinik s.7 tu pack sungguh buat encik suami drop depan entrance klinik. Seperti selalu aku keluar berlenggang kangkung, namun Acha sempat rembat "beg skul" dia yang berwarna purple tak berapa nak purple tu.
Dan sewaktu register tu, si polan yang kerja dekat kaunter minta bayaran RM2 untuk aku dan Acha. Dan seperti dah terlintas di kepalaku tadi nak bawa purse, tapi aku tak bawa!
"Tunggu suami saya dulu"
"Kenapa,dia pergi mana?"
"Dia parking kereta..."
"oh..ok ok.."
Dah 30 minit berlalu, susu Acha dan chipsmore dah habis. Dia mulalah buat drama bila tunggu lama.
"Boleh tak masuk dulu, baru bayar? Tunggu suami saya.."
Dalam hati dah mula geram, mana babah Acha ni! Kalau jumpa kawan dekat sini pun janganlah terlupa kami ni! Dahla hp ku takde kredit. Huh! GRGRGRGGRGR..
Namun, jawapan yang aku harap dari si polan tu bertukar;
"dia pergi mana?"
Aku pun jawap; "Tah! "
Dah tak larat tengok nombor aku dah naik dekat skrin berkali-kali, aku pergi tanya si polan tu buat kali ketiga;
"Boleh tak saya masuk dulu? Suami saya tak sampai-sampai lagi"
Jawapannya kali ketiga juga mendukacitakan.
"Kalau macam tu, akak amik kad ni dulu, duduk dulu,tunggu suami akak datang baru bayar"
Cet! Bukannya dia bagi aku dengan anak aku masuk pun! Kerana menyampah dengan kaunter cilakak macam tu, dahla anak aku buat perangai, takde tolak ansur langsung, takkanlah aku ni tak nak bayar setakat rm2 je? takkanlah kau tak buleh tolak ansur sikit kalau pun kau tak nak bayar?
Dan, yang paling penting, mana laki aku nih?????Biasanya memang dia tahu dia yang akan bawa handbag aku turun dari kereta sebab aku yang bawa Acha turun.
Dan, yang paling penting, mana laki aku nih?????Biasanya memang dia tahu dia yang akan bawa handbag aku turun dari kereta sebab aku yang bawa Acha turun.
Setelah sejam,setelah Acha sibuk duk bermain public phone dkt luar,selang seli buat pe'el, selang seli dengan sibuk menagih popok (jajan) budak-budak nurse praktikal kat situ tapi dorang pun buat derk. Ish ish, duit takde sesen pun dekat aku.
Pakcik jual aiksrim tu pun mengada tau jual aiskrim kat depan tu hari tu! Lagila Acha mengamuk kat situ. Fuh fuh..sabar.
Pakcik jual aiksrim tu pun mengada tau jual aiskrim kat depan tu hari tu! Lagila Acha mengamuk kat situ. Fuh fuh..sabar.
Bila aku terlihat kelibat encik suami, dengan selambanya dia tanya;
"dah siap dah??"
aku dengan sakit hati jawab;
"belum! dah duit takde rm2, rm 2 je pun! abang pegi mana? parking kereta lamanya!"
mukaku tak payah cakap mencuka.
terkejut beruk si suami. Sebab rm 2 je pun! Dia pun marah marah. Takkanlah dorang ni RM2 pun sampai tak bagi masuk? Bukannya kita nak hutang, bukannya nak tipu apa pun. Bukannya RM200. bla bla..
Aku biar je dia membebel sambil pergi bayar rm2 walaupun dah pukul 5, nasib baik klinik extend sampai 9:30 malam. Dan bila aku tanya mana dia menghilang. Jawapannya pendek saja;
"Abang masuk kerja!"
Geram tak kawan-kawan??
hahahahaha jawapan yang suci lagi murni....tapi memang tak patutyang kerja kat kaunter tu takleh nak tolak ansur langsung....kalo saya dah lame kena caci maki si polan tu..
ReplyDeletetumpang geram jugak..tapi henfon pon wan tak bawak ke?
ReplyDeletegood job abg li.....hahahaha
ReplyDeleteKak Su~ Bawa, tapi takde pulak kredit. Tak pernah sampai takde kredit mcm tu. Kesian anak kecil tu mengamuk nak asikrim la nak jajan la. Ish ish..sabar jelah.
ReplyDeletenia~siot je kan! siap msk keje. i ni sengsara nih tgu sejam lebih.
ReplyDelete