Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

24 February 2011

Aku tak pandai bungkus ketupat 3 bucu

Pernah makan ketupat 3 bucu atau ketupat palas? Dekat kg aku Kelantan, sure ramai yang tahu ketupatnya manis-manis sikit. Tak perlu cicah-cicah apa-apa pun sedap. Lagi-lagi bila mek buat.

Kena tarik nafas dalam-dalam dan panjang-panjang sebab ini kisah sedih. Setiap kali bila teringat je, buat aku sebak dan pantas mengalirkan airmata. Ye, ini kisah sedih aku.

Tak pernah lupa. Dan agak fobia pasal ketupat 3 bucu ni. Masa tu usia aku 14 tahun, year 1997.

Malam raya tahun 1997. Semua adik beradik berkumpul untuk tolong mek bungkus ketupat. Tak kira laki atau perempuan.

Disebabkan aku ni agak lembab bab-bab bungkus ketupat yang cantik dan ikut piawaian mek, aku ambil masa 2 jam untuk bungkus kan satu ketupat. Bayangkan lah pulut yang putih tu bertukar hitam di tanganku.

Sambil mengajar sambil kena marah sebab benak sangat. Aku sabar je. Sebab tengok adik-adik lelaki pun tak sebengap aku. Kiranya sikap lembab aku tak dapat tangkap macammana nak pusing-pusing daun palas tu, akhirnya mek tonyoh dahi aku. Aku termenangis di situ. Lama juga aku bersabar dan cuba belajar sampai kebas-kebas bontot aku. Adik-adik diam aje. Tak berani berkata-kata. Yang paling aku tak lupa, kakak aku gelakkan aku.

Disebabkan mek dah tahap geram sangat aku tak pandai-pandai, mek membebel. Masa tu wea berdiri di dapur sambil lihat situasi tegang tu. Aku sambil menangis ye sambil pegang daun palas yang dah lunyai dan pulut dah hitam. Wea yang selalunya hanya jadi pemerhati berkata-kata akhirnya;

"setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, dah itu bukan kepandaiannya."

Sejurus lepas kata-kata wea barulah aku bangun dari tempat duduk yang buat aku kebas dan fobia itu.

Sejak dari itu aku tak pernah buat ketupat daun palas. Aku dah fobia. Aku dah takut nak mencuba.


Dan kata-kata wea itu tak pernah aku lupa dan sebab itulah aku sangat menghargai kata-kata itu. Kerana begitu memahami.

Ketupat palas yang mengundang kisah sedih february 2011


Sebab itu kisah ni amat sensitif. Dan aku harap orang di sekelilingku tahu jaga sensitiviti. Bukan jaga membuta tuli. Heh!










pic credit to yusriketupatpalas.

3 comments:

  1. Akak boleh anyam ketupat beras yang biasa tu. Tp masa umur 20 thn baru reti. Tu pun start blajar menganyam practice guna riben plastik. Buat deco kat opis. Tukang ajar tu husband bestfriend akak. Salute kat dia... Lepas tu terus terror anyam daun real punyerr. Hihihi. Bangga kejap.

    ReplyDelete
  2. aku pun tak reti buat tupat palas...setiap thn mek aku jer buat. aku n kakak aku tulung tgk n jamah jugak nk buat. jadi la sebutir dua. tapi mek aku xde la nk bebel sgt smpi kecit2 ati tu...

    ReplyDelete
  3. Kak Islinda~bgusnya kwn akak tu ajar, sy dh tkut nk mencuba..:(

    Siti~nak buat mcmn, mek aku ni perfectionist. skrg dia xde suruh aku dah, bila dia nk buat ketupat, aku tlg benda lain la. bukakan daun palas tu aku la.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...