Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 February 2011

Mama Cantik

Erk, ini bukan entry perasan. ini disahkan sendiri oleh anak manjaku. kan ada pepatah kata budak-budak tak pandai menipu. pepatah ke tuh? erk.

bila nak bersiap keluar, berikut kata-kata penyataan dan bukan pertanyaan.
"mama..cantik.."
aku pun dengan bangganya terus cakap
"terimakasih"
dia pun pantas cakap
"ama ama"
ok. lepas tu tak sempat senyum aku berpanjangan, anak aku potong senyumanku dengan kata-kata;
"mama..nak kut"
ceh. nak ikut rupanya.

berikut contoh penggunaan ayat "mama cantik".kata-katanya berbunyi begini di dalam mall yang riuh dengan manusia di Kelana Jaya minggu lepas.

"mama..cantik" sambil berlari laju setelah dirembatnya spek merah di gerai di dalam Giant. erk.
terkocoh2 juga aku bayarkan sambil mengejar beliau.


Bergaya bersama spek yang dirembatnya di Giant

See how happy she is?



oh ye, jika bawa dia keluar sediakan;
pampers dan baju. bila-bila masa berak. jadi sila bawa bersama beg galas Milo pemberian Kimi.



see the milo bag?


dan jangan lupa pakai biasa-biasa aje, cukup sekadar t-shirt dan jeans sebab anda akan berpeluh sakan!
jangan lupa pakai selipar betapak rata saja.. flat shoes. no heel ok. atau kau terkehel bila kejar dia berlari.
sila bermuka tebal.

Jangan pelik jika anda akan jadi perhatian umum sebab kerenah Acha yang suka menjerit keseronokan dan berlari. Jangan leka. eh bertukar kepada tips pula.

Setakat ini tiada siapa yang sanggup membawa dia keluar jika tanpa babah dan security guard yang lain. Tanyalah Long, tanyalah Ain. Tanyalah sesiapa saja. Jadi ayat mama cantik tu hanya digunakan bila perlu saja. Bila tak perlu?

"sayang mama?
"TAAAAAAAAAAAAKKKK"

Boleh macam tuh? GRGRGGRGRGR.

erk, tidur pun dengan spek ok.

2 comments:

  1. mama cantik...ade makne upenyer...kecik2 dah pandai bodek...gud jobs acha...

    ReplyDelete
  2. biasala Tie, budak zaman sekarang!pandai!

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...