Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

16 February 2011

Jangan Ada Dusta Antara Kita


 
Ditujukan untuk suami-suami di luar sana, diharap jangan berdusta pada isteri anda. Kesian mereka. Ini entry membelasah lelaki. Ingatlah kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pedang. Heh!

Ingatlah mereka yang sental baju mu yang kotoran degil nya seinci, bini mu juga yang susah payah dengan titik dan peluh berhempas pulas melaksanakan kerja rumah walaupun bekerja, jangan sesekali juga menjuih kan bibir bila isteri mengadu penat, jangan juga selalu lepaskan marah di rumah, jangan juga berdusta overtime, jangan juga cakap minum tea dengan kawan padahal dengan "kawan" gitu-gitu. Besar kan pengorbanan bini nih?!


Malam je kau bersukaria ye??
 

Jangan pula berdusta kata duitmu habis bila bini minta duit susu anak, padahal kamu si isteri sibuk meneliti payslip nya beberapa angka. Mana nak jaga anak, mana nak jaga suami, fikir-fikirkanlah. 



Jangan juga lelaki berkata yang tidak-tidak bila si isteri soal siasat kemana kamu di malam minggu. Jangan pula kamu cakap kami para-para isteri merimaskan, kerana sebab kamu lah kami lagi rimas fikir kepala otak ni tau!


Semua terserah padamu
Aku begini adanya
Ku hormati keputusanmu
Apapun yang akan kau katakan

Ketika pertama ku jumpa denganmu
Bukankah pernah ku tanyakan padamu kasih...
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti...


Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih...


Sebelum terlanjur kita jauh melangkah
Kau katakan saja




Jangan jangan kecewakan hati perempuan. Bila hati kecewa, meranalah jiwa! (Alamak, jiwang pulak) Kalau korang kecewa dengan lelaki macam ni, sebelum korang blah, pastikan nama anda tersenarai dalam harta nya yang tak berapa banyak tuh penting jugak untuk anda check penama KWSP nya.




Sila-sila berbuat demikian.




Ibu ibu bapak-bapak, please dong! Perihatin sikit!



p/s: entry ini mewakili golongan-golongan segolongan isteri yang tak puas hati pada suami-suami. heh!

2 comments:

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...