Pernah pura-pura? Aku selalu pura-pura weh.
Sape kata pura-pura takde kebaikan? sila lihat list di bawah.
- Aku pura-pura aku terjaga lambat bila weekend terutamanya hari Ahad sebab aku menghalang si suami kerja pada hari Ahad. Hoho. Halang cara halus itu pasti.
- Minggu lepas aku pura-pura aku nak keluar sebab aku diajak keras-keras oleh Long. Jadi aku pura-pura lah. Kalau tak pura-pura diajak dan didesak Long, nescaya aku tak boleh keluar. Hidup harus bijak yew!
- Pura-pura aku bussy bila aku tak nak buat kerja yang aku tak suka, cthnya UBS tuh. Naik juling mata den.
- Selalu pura-pura "eh..lupa nak withdraw duit tadi, tolong bayar bang?!" Itu ayat digunakan ketika shopping bersama cik suami walaupun ke kedai runcit di bawah flet saja. Pang sekali untuk mereka yang guna taktik ni bila beli jajan 20sen.
- Pura-pura tidur bila aku merajuk dengan suami. Hoyeh.
- Selalu buat-buat pengsan bila Acha cakap "mama..nak susu". So, nak tak nak babah nya akan bangun buatkan.Terer tak? Ke tak guna? Hehe.
- Alamak! Lupa isi minyak la. (dengan muka serius ok). So, encik suami akan drop by refill fuel dan dialah yang akan hulur duit kepada mamat bangla Shell tuh. ~taktik ini berjaya digunakan semalam ok.
- Selalu pura-pura "tak dengarla bunyi Hp tadi, hp dalam beg" itu ayat digunakan jika aku tak nak layan pemanggil tuh. Atau "hello hello..i cant hear u..call me back in few minutes.." ni untuk foreigner yang selalu duk call ofis dan selalu bahasa omputih mereka aku tak paham sepatah harem.
- Selalu berlakon bila Acha nak tgk Upin Ipin online. Aku akan guna suara Upin Ipin "hai kawan-kawan, saya Upin, ini adik saya Ipin, sekian.Kita jumpa esok!" Lepas tu aku bagitau Acha Upin cakap esok ye. Wpun Acha mengamuk nangis (jap je, aku pujuk "ayam satu" dia ok la), aku off laptop. Kejam tak?
Look at her fingers. Act like a pro heh! |
10. Selalu juga berlakon menyamar babah bila dia nak guna telefon aku. Aku pura-pura cakap babah work padahal babah takde pegi ke tpt lain. Kesian Acha. Anak babah katakan.
Long, Acha n her Acik n Kakak Ain. |
11. oh ye aku rasa aku patut tambah,
skrg aku sangatla berpura-pura aku okay padahal aku sangatlah worried tentang pengasuh aku nih.worried tentang anak kami. Apalagi, aku sibuk godek-godek cari taska la weh.
skrg aku sangatla berpura-pura aku okay padahal aku sangatlah worried tentang pengasuh aku nih.worried tentang anak kami. Apalagi, aku sibuk godek-godek cari taska la weh.
Ok..aku rasa cukupla setakat tu. Aku hanya guna taktik ni bila aku terdesak aje ok. Bye.
*kurang asam tak aku? ngeh ngeh.
tips pura2 yang baik~ XD
ReplyDeleteEr..baik ke? Hehhehe.
ReplyDelete