Setiap makanan sentiasa mempunyai ceritanya yang tersendiri..Laksam, yang diperbuat dari tepung beras, mek cakap senang je, bancuh dengan air je,lepas tu letak garam sikit, lepas tu letak atas tudung periuk dengan api perlahan. Tapi, aku tak pernah cuba. Biasanya, kali pertama selalu menjadi. Kali kedua? Tak payah buat dah.
Cerita pasal laksam ni, masa pregnant dulu aku mengidam ni, tak dapat-dapat. So, agak frust sikitla bila cerita pasal laksam nih. Ada unsur2 emosi sikit.
Aidilfitri 2008
Pagi-pagi lagi, aku & mek sibuk buat laksam, aku sebenarnya yang gesa mek buat laksam. Sbnrnya aku mengidam, mek taktahu, sapa pun tak tahu! Lps tu, dah siap buat kuah lemak, ulam dan semuanya dah setel, mek gesa kami dua beradik dengan akak pergi hantar laksam umah nenek dekat Pauh Sembilan (nama tempat ye kawan2).
Aku agak berat hati nak lepaskan laksam sebab belum terjamah lagi dalam mulut ku. Haih.
Sambil pandang laksam sambil berat hati yang amat sangat aku berkata sambil berpesan dengan penuh "DOUBLE MEANING" nye..Double hokeh.
"mek..laksam tu sipe sikit. Jange hide kokre belako deh!"
Translate~"mak..laksam tu simpan sikit..Jangan hidang semua dekat orang ye"
aku pesan lagi dan lagi sambil lesu pandang laksam tu.
Bila aku balik, tak sempat tukar baju, terus aku ke dapur. Kosong? Habis? Aku terus cuak, naik ke ruang tamu, kosong? KOSONNNNNNNNNNNGG???????????????!!!
Aku tergesa2 tanya mek.
Jawab mek sambil tergelak-gelak kecil..
"habih dohla. Takdeng nak sipe, ore nya ramai mari tadi"
Mek tak tahu senyuman dan kata-katanya terus mematikan kata-kataku.
"laksa kan ada, make la laksa tuh..kuah ada lagi"
Mek juga taktahu laksa dan laksam itu berbeza benar bagiku. Aku hanya mengidam laksam mek.
Dan, selepas itu aku sorok-sorok nangis weh!
Sob sob. Hinggalah sampai Acha lahir beberapa bulan, tekakku tak merasa laksam mek tuh.
picture credit to myresipe*
sedap weyh..lebih suka laksam dr laksa..susah la nk cari laksam kat sini..
ReplyDeleteLaksam mmg lagi sedap dr laksa. Pulangla ke rumah br dpt laksam sedap! heheh..
ReplyDeletesaya sukeeeee laksam jugak...masa peknen first dulupon ngidam jugak...dpt makan yg kedai punye je....bercita-cita nak belajar buat laksam sendiri...
ReplyDelete