Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

31 January 2011

KAIN BAJU MELAYU,4.5 METER-CLEARANCE!!


RM 70 ONLY. 4.5 METER. THAI SILK-ORIGINAL!!



  • CLEARANCE!! TINGGAL NO 4 & 5 SAHAJA FROM LEFT. SANGAT BERBALOI. 4.5 METER
  • SESUAI UTK BAJU MELAYU ATAU BAJU WANITA.
  • BEFORE IS RM 80, NOW IS RM 70. SALE ON SALE!!!

PRICE CUT SALE FOR RESTOCK ITEM..

Italian Jacquard

tak perlu lining, kain material lembut dan terletak elook di badan.


Saja-sajalah bermurah hati nak buat sale price cut. BEFORE RM 65. PRICE CUT RM 55 ONLY.
FOR FOLLOWER, FREE POSTAGE ok...


Apalagiii? Order now!!!

Kurang Ajar

Bila seseorang itu kurang ajar, nak je salahkan mak bapaknya. Namun, jika mak bapak nya dah terlebih bagi ajaran macammana pula??
Seorang budak berusia 4 tahun, dengan berkemeja putih, berseluar merah gelap bertanya;
"ko ada nampak Fairil(bukan nama sebenar) tak??"

Tergamam dengan pertanyaannya. Ko?? Aku ni pangkat makcik kot, aku ni dipanggil ko? Fairil tu sebaya mak bapak dia tu dia panggil Fairil aje?? Huh!

Aku tahulah mak engkau tu bos aku, tapi ada ke patut ajar anak cakap macam tuh?? Takde manner langsung. Tak berhak mak nya nak komplen orang pasal manner bila anak baru sebesar itu dah pandai ber ko-aku dengan orang tua. Kalau anak aku tu memang dah lama aku picit-picit.




Sakit hati betul hari ni, nasib baik hari khamis ni dah cuti. Horeeeeeeeeeeeeyy!!


p/s:semoga Acha menjadi anak yang hormat pada semua orang tanpa mengira darjat dan pangkat. Amin.

29 January 2011

Cari Jodoh

Bila bab jodoh ni, ramai yang kata, kalau ada jodoh tak kemana. Dan ramai juga yang kata, tak lari gunung dikejar. Gunung memang tak lari, cuma orang je yang lari. Kata-kata ni seakan tak relevan dah pada masa sekarang. Sebab boleh tengok berapa ramai yg meroyan bila di saat2 akhir pihak lelaki atau perempuan melarikan diri. Lebih malang jika persiapan perkahwinan sudah siap sedia. Banyak juga kisah2 berlaku di depan mata.

2004

Seorang kawan aku yang bernama Remy (tentu bukan nama sebenar). Permulaan perkenalan bila aku terkenal dia sewaktu kawan aku yang sorang lagi jual sate, dia pulak tukang prepare kuah kacang. Bisnes mereka memang masyuk, hinggakan ramai tokey2 apek yang datang order dengan dia. Aku tgk dia biasa2 aja, tp jadi luarbiasa bila aku berborak kosong dengannya.
"ko study lagi ke?" itu soalan pertama dari dia
"a'ah Itm.."
"ooh..aku pun, sblm g US, aku wat persediaan dkt ITM"
Wah..terbit rasa teruja dan kagum, budak belajar overseas balik Malaysia sggup jual sate? fuuh!!!

Beberapa bulan lps tu, kwn aku yg join jual sate dengan dia tak berniaga dah, aku tanya kenapa.

"Remy dah bawa lari duit sate, dia pergi Johor, dengan kereta bapak dia"
"haih? bila?? bkn ke smlm meniaga lg?"
"malam td dia cabut, dengan duit duit sekali dia kebas"
"la...belajar tinggi3 tak guna jugak, kepala otak tak boleh pakai"
"belajar tinggi2??"itu soalan cepumas kawan aku
dan aku pun menceritakan la perbualan2 aku dengan Remy. Terbahak2 dia gelak.
"dia tu ada lesen membunuh!"
"haaaaaaa??"aku agak panik..
"dia tu pernah masuk hospital mental, dah ok, dia keluar la.."
"Aik??? nampak mcm ok jeeee???"
Rupa-rupanya cerita2 belajar oversea, amik course itu-ini semuanya cerita khayalannya. Punca dia jadi macam tuh??

Pasal perempuan a.k.a awek yang dicintai bagai nak rak tu kahwin dengan orang lain.Malah, sehari sebelum kahwin juga mereka sempat dating bersama. Alangkah terkejutnya bila mengetahui aweknya berkahwin di saat mereka sedang seronok2 bermadu cinta dengan orang lain maka sebab itulah dia terus sasau...

Kesian. Jadi kawan aku tu tak report polis pun. Kalau report pasal duit hilang ke apa ke, tak guna jugak. Nanti polis tanya balik" dah tau dia mental, apsal korang meniaga dengan dia?"

Jadi, kalau dah nak cari jodoh, kalau dah rasa dia tu dah jodoh anda, jangan lepaskan dari awal, buatlah perancangan dan perjanjian. Agar tiada yang mereng di kemudian hari. Kawin je cpt2!

Macam makcik aku ni, walaupun takdela awal sangat dia kwin, pada usia 27thn gtu. Kiranya paksu tak melepas lah! ehhehe..


Semoga bahagia ciksu!!


Semoga kalian juga turut bahagia dengan pilihan anda. Amin!

Tertinggal keretapi lagi.

Penghujung Januari ini baru aku sedar aku dah terlepas banyak benda. Baru tadi aku dikhabarkan antara sahabat semasa belajar di Itm dulu dah kahwin pun. Betul2 ketinggalan. Agaknya kerana sudah lama tidak berhubung, melalui laman sosialnya juga selalu sepi. Umi, ini adalah engkau. Umi oh umi. Dan apalagi yang menanti ku?

Beberapa hari yang lalu dikejutkan dengan cerita seorang sahabat masa zaman tingtong muda mudi dulu. Dia disantau. Hairan juga melihatkan badannya makin kurus melidi. Dugaan! Rupa-rupanya bukan aku sorang yang simpan cerita tersendiri. Dia juga berubat di Darul Syifa, namun di HQ Bangi. Minta-minta juga mudah-mudahan penyakit nya akan sembuh. Kasihan melihat dia kurus kering disantau, tidur malamnya tidak lena kerana mengalami gangguan di rumahku.


Begitu juga cerita-cerita panas zaman persekolahan. Dan tak lupa juga diikuti dengan pemergian beberapa sahabat di usia muda. Antaranya arwah Hidayah-akibat penyakit jantung. Seawal usia 9 tahun dia pergi meninggalkan kami. Tentu aku tak pernah lupa wajahnya berkulit kuning langsat di apit tahi lalat kiri kanan pipi. Dan ketika semua insan sibuk dengan hal masing2, aku dapat khabar berita arwah Hafiz meninggalkan kami semua, kemalangan jalanraya pada usia di awal 20-an. Terbayang2 badan kurus tingginya serta sorotan matanya. Pengujung 2 tahun lepas agaknya, aku terima berita dari makcik ku bahawa dua pupu ku juga meninggalkan kami, arwah Hazwan, juga satu sekolah dengan ku. Sebelum arwah Hazwan, arwah Denan juga meninggalkan kami. Betapa semua ini tak terduga dan aku hanya mengetahui setelah lama berlalu. Betulkah aku ni tak updated?????

Aku harap tahun ini, tiada lagi kejutan buat ku..

28 January 2011

Kuih Berolok


Sekarang ni, aku mengidam nak makan kuih berolok. Kalu psl makanan, kena cakap mengidam, baru org sggup belikan. Namun, kata mengidam pun ssh jgk sebab kuih ni ada dkt Kelantan je. Cerita pasal berolok ni, tetiba aku rasa sedih...

Sebab dulu masa arwah mak(panggilan untuk arwah nenek yg pulang ke rahmatullah pada Ramadhan 2002 yang lalu) masih ada, dia selalu buatkan aku kuih berolok ni. Ada mesin pengisarnya sendiri untuk hasilkan beras pulut tu. Sekarang ni dah takde dah, dan bila arwah takde, barang2 peninggalannya pun turut takde. Aku pun tak tahu mana perginya, aku cukup ralat. Cukup2 ralat, sebab semua barang2 nya aku masih igt apa yang ada di rumahnya. Sebab akulah yg selalu menenggek di rumahnya, tak kira siang malam, banyak masa2 kecil2 ku dihabiskan bersamanya. Kemana tilam GajahEmas yg berwarna biru? Kemana radio buruknya? Kemana pergi set periuk dan sudu yg dibeli di Mekah? Kemana kain bajunya? Kemana kipasnya? Kemana beg zip warna biru yang sll menjadi tpt beliau simpan barang2 berharganya??Aku sungguh2 tak tahu. Ini semua buat aku ralat. Bkn psl nilai, namun psl kenangan itu lebih berharga.

Masa dia takde, aku langung tak menangis sebab aku redha bila fikirkan arwah koma selama 7 bulan akibat paru2 berair~akibat gemar mandi malam. Namun, tak usah ceritala bgmn keadaan aku bila tak dibenarkan melawat mak masa dlm ICU sebelum aku berangkat ke Uitm Kedah, masa tu aku dalam Part 2 dkt Itm. Selalu berulang alik setiap 2mnggu sbb nak tgk mak dlm wad. Dah rasa syg sgt sbb aku rapat sgt dgn arwah. Aku meraung2 dekat dpn pintu ICU tu. Mek pun turut sedih tgk anak daranya dgn muka tak malu teresak2 dpn ICU. haih, bila kenangkan ni..aku rasa sebak.



Moga arwah mak sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia dari mu ya Allah.




Selalu mandikan dia, urut badannya, dan arwah juga selalu masakkan gulai lemak ikan yu (yang hanya dia sahaja yg tahu caranya dan sedap pulak tu!). Nasi goreng nya memang asli, memang aku rindukan nasi goreng yang digaulnya dengan ikan rebus. Sedapnya! Dah lama arwah takde, namun kata-kata, senyuman dan bebelannya sentiasa aku rindukan. Dan bila si suami bertanya;
 
"kenapa tak de pergi kubur pun ms raya hari tu?"
 
aku tergamam. terdiam. betul, selama dia kahwin dgn aku, aku tak pernah bawa dia ke pusara arwah. Entah apa yg aku sibukkan tiap2 kali blk kg? Aku rasa mcm nak ketuk kepala aku sdiri! Tapi aku tahu kelalaian aku ni disebabkan wea selalu ke pusara arwah nenek & datuk setiap pg Jumaat. Anak yg soleh mcm ayah aku ni ssh nak cari. Berkhidmat pada org tua sewaktu hayat dan slps hayat mereka. Namun aku? kami?? 
 
Pertanyaan encik suami tu merujuk kepada suasana suram setelah aku terdengar lagu klasik berunsur nasyid di Sinar FM. Tentu aku tak pernah lupa lagu tu selalu berkumandang di radio buruk mak, dan tak pernah lupa bila ptg kami selalu ikuti drama di radio Kelantan FM. DJ masa tu agak2nya Kak Chek dan Kak Wan. Ingat2 lupa. Menitis airmata saat terdengar
 
"sekujur tubuh akan menggigil di perbaringan.."
 
tu je yg aku igt bait2 kata2 penyanyi tu, sedih.


Ingin ku ingat2 lagi, namun aku rasa cukup pedih. Pedih merobek2 hati. Pedih hatiku mengingatkan 7 bulan yang panjang dan seksa melihat dirinya punyai bedsor dan matanya kadang2 terbuka dan lebih banyak terpejam. sungguh aku fobia dgn HUSM KK. Kerana banyak memori sedih di situ. Dari kisah abe yg menghidap penyakit sawan, berkampung di HUSM juga,dari arwah datuk atau dipanggil chek meninggal akibat demam panas di HUSM itu juga, dari kisah aku yang berulang alik ke HUSM bertahun2 dan jalani rawatan pakar disitu dan dibedah juga, dan kisah Ani yang menghidap barah otak juga turut menyayatkan hati semua. Kata-kata Ani saat berusia 4 tahun tentu perit diterima;


"mek, ani nak mati ke mek??


Siapa pun tentu tak lupa bgmn chek yg pergi terlebih dulu pada 1997 dan meninggalkan mak, dan siapa pun tentu tak lupa bagaimana kalian mengiyakan kata-kata doktor untuk terus berada di hospital saat chek merasakan beliau akan dijemput pulang, dan bgmn hati ini tersayat bila kes yang sama terjadi pada mak! Kali ke 2! Pahit hati ini. Ku telan rasa hampa ini bila kenangkan seolah tidak punya hak menidakkan keputusan wea. Aku masih rasa bersalah bila terkenangkan permintaan mak pada hari pertama masuk hospital. Beliau mahu pulang, mahu meninggal di rumah.

Oh Tuhan! jika ini terjadi lagi pada ahli keluargaku, aku akan tunaikan permintaan terakhir. Kerana aku juga turut melalui saat2 getir sakit teruk dan berperang dengan emosi diri, namun hormatilah permintaan kali terakhir seseorang itu. Agar jgn ada kesal di kemudian hari.

 







Memori Daun Pisang


 
Sesaje je gedik2 tgk gambar2 lama. Gambar2 ni mengingatkan aku banyak benda. Emosi sentiasa mengiringi kisah2 gambar ini. Macam cerita bergambar budak darjah dua pula ye??
 
 
Me with K.ngah


Kain laku sangat2 masa ni. Batik panas2. Namun semua datang tak diduga..



Kuala Perlis
*boleh dikatakan masa ni membawa diri ke Perlis. Sedih. Sobsobsob.




Me with Y.M Tuanku Azizah
*waktu ni begitu ramai kawan berbanding lawan



Showcase Indera Mahkota
*saat mengandungkan Acha rezeki tak pernah putus hinggalah diuji sebesar ini..



Acha @ her few months
*waktu ni melalui saat2 perit dari sarat mengandung hingga melahirkan anak..
Moga-moga aku akan sentiasa setabah ini disebabkan aku selalu merasa pahitnya derita, aku sentiasa mencuba untuk menghadapi. Walaupun mcm sekarang nih, aku sakit hati yang amat sebab pihak atasan tak habis2 mahu cari salah staf cabuk macam aku ni. Mungkin juga aku yang tak brp nk sabar dgr kata-kata pns peds org atasan, atau mungkin sbb aku ni lebih suka jadi bos dari jd kuli? Itu semua org suka kot!
 
Jadi, marilah kita bersabar sebab kita ada byk benda nak difikirkan, kita bkn sng mcm dl, skrg kita ssh, jd kita kena byk sbr, pekakkan telinga dan tebalkan muka sementara belum dapat cikgu. Eh itu macam ada kata-kata cik suami je saat aku berbaring2 biawak semalam sambil menggaru2 badan sambil memikirkan ambil MC semalam adakah akan ada isu baru yang akan timbul? fuh! pjgnya ayat ko Esah!
 
Pernah ke kawan2 rasa nak berhenti, tp rasa mcm tak boleh sbb kena pk byk benda mcm aku nih??
 
fikir-fikirkanlah!
 
 


Scabies or KUDIS BUTA?

Aku  tolong google utk aku sendiri dan untuk mereka2 yang ngeri dengar Kudis Buta or scabies ni. Sila2.. Sebab aku mangsa kudis buta..Tengs to Health Dept!. Copy paste ok!

KUDIS BUTA!!

Apa itu kudis buta? (DENGAR NAMA PUN NGERI OK)


Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies :
■Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
■Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.

■Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. *dasar kutu betina tak sdar diri!!Ko korek masuk dalam kulit kami yang mulus dan takde parut ni(takde ke??), dan kau telah meninggalkan parut kepada anak dara ku. Mak dara & bapak teruna oklah lagi kalau berparut, saham dah terjual!;p

■Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. *Aku lak dah 2 bln dah! dah 2 bulan kami sengsara!!


Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. maksudnya, umah aku safe & clean, aku bukan pengotor ok.. Sila baca lagi.....

 
Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?


Kudis buta biasanya berkait dengan :
 1.Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. *Yang aku plak, bangang..dah taktau nk wat mcmn, last2 aku mandi air suam dgn ank aku...Lagi gatal, laki aku takde gatal lak..Sbb? Dia takde mandi air panas tu, mandi tu lg teruk rupanya..

2.tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.*patutlah Acha penuh dengan cakaran2, rupa2nya cakaran harimau, eh cakaran scabies.

3.Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.* seksa betul bila celah2 kaki dan tangan, terutama tapak tgn. Aku terseksa!! Tidur malam kami semua diganggu betina nih!!
4.Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)


Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti


Tempat-tempat yang biasa ialah :
•Dicelah-celah jari.


Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari
■Tapak tangan

■Bahagian dalam pergelangan tangan


Kawasan-kawasan lain termasuk :

■Kawasan kemaluan. *malu, tapi gatal..
■Punggung *habis berparut punggung ku. Cet! Sensored. TETTTTTTTTTTT..

■Sekitar pusat.
■Celah-celah ketiak.
■Siku *siku jadi kematu weh sbb nih!
■Kaki dan buku lali.

Kesimpulannya, aku digelar Harimau Bintang oleh encik suami sebab seluruh badan ku berparut dan meninggalkan kesan bertompok2 hitam kecil dan jelas!!HUh!!

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

■Sentuhan kulit ke kulit.

■Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)


Apakah rawatan untuk kudis buta?
 Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

■Losyen benzyl benzoate

■Krim gamma benzene hexachloride

■Losyen malathion


Dimana ianya disapu?

■Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
■Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.


Bagaimana ianya disapu?

■Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
■Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.


Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.



Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.


Pencegahan dari merebak kepada orang lain

■Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
■Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

Jadi? Silalah ke klinik Sundram di Lebuh Ampang jika terkena scabies ni, dengan hanya satu suntikan kepada aku dan suami, serta ubat2 untuk semua, akhirnya kami boleh tidur tanpa perlu menggaru2 seperti beruk lagi. Selama ni dah penat aku jajah seluruh klinik namun tak menjadi!! "Murah" plak tu klinik2 di S.Alam ni. Murah! PHM2 SAJA LA MURAH TUH..


Aku tahu punca dari mana, cuma syak2 aje sebelum ni, namun demi tak mahu mengguris hati semua pihak, bukan masalah bekalan air tidak bersih, disahkan sendiri oleh Pejabat Kesihatan Petaling, aku sanggup merebus semua pakaian kami dan sanggup berhabis segala dan sanggup juga buat operasi basmi kebersihan rumah dan sanggup berbuat apa saja demi kesihatan anak dara kami yang montel dan gebu itu.


Alhamdullilah, Jumaat penuh berkat, hari ni aku dah tak jadi beruk lagi..

26 January 2011

Budak Bachok

Mereka budak asrama. Mana satu aku???

Bukit Keluang-aspuri trip 2000

Mereka ni budak Bachok. Sesekali terfikir juga dari mana asalnya nama BACHOK nih. Jadi aku google lah. Sini aku dapat info,nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Thanks pakcik wiki.

Oh, memang betul pun dekat sekolah aku ni ada tempat nama Kg Nipah, sekolah menengah Nipah pun ada. Kami-kami yang jahat ni berasal dari Sekolah Kemudi, siapa2 yang duduk dekat situ je tahu nama sebenar sekolah Kemudi nih. Taknak la pulak memalukan sekolah dengan gelagat2 kami jadi Hantu Raya dekat aspuri dulu. Namun, picture tells everything. Hehheheheh..pada yang tak tahu, sila datang sini.. Kalau taknak click, sudah!

Bila dibelek2 gambar dulu, nak terburai isi perut. Namun, kami bangga jadi orang Bachok, malah tak pernah malu nak cakap "aku orang Bachok", malah lagi bangga sebab ramai yang kenal Bachok sebab Pantai Irama yang agak beralun sekarang ni. Dulu, bersih dan landai je pantainya. Sekarang? Maybe sebab masa sekolah rendah dulu byk sgt buku teks diterbitkan dengan kandungan "PANTAI IRAMA", jadi secara tak langsung menyebabkan banyaklah pelancong2 ke situ, maka berlakulah hakisan, maka makin ramailah mangsa lemas, maka aku sudah jarang ke Pantai Irama, lagipun umah aku belakang nya pantai der...

Mungkin juga ramai yang kenal Bachok sebab ada di kalangan menteri pure sejati asli lagi tulen berasal dari Kelantan iaitu Y.B Dato’ Dr. Awang Adek Hussin yang lahir dan membesar di Kg Perupok & Mustapa Mohamed a.k.a Dato Pa yang berasal dari Kg Badak. Setakat yang aku tahu yang inilah, yang lain2 aku tak tahu atau aku malas nak ambil tahu atau aku sebenarnya outdated.

Pendek kata banyak yang indah di Bachok ni, air kelapa nya fresh dari pokok, keropok lekor yang berlambak2, budu dengan pelbagai jenamanya~budu Somad aku tahu sangat sebab pengilangnya sekangkang kera dari rumah, chalet2nya, Sudara Beach Resort nya, Tok Bali tempat ikan turun dan naik dan bagai2 lagi.


Walaupun begitu, kawan2 aku dari gambar di atas berasal dari pelbagai daerah disebabkan kami semua ni telah dikacukkan di satu sekolah Kemudi ni, maka kami semua sesuai dikatakan kami bangga jadi orang Bachok.




Kalau tak percaya betapa indahnya Bachok, silalah datang sendiri..




























Zaman Kegemilangan Sudah Berlalu

Tahun yang begitu memberangsangkan dan penuh memori

Tahun yang sibuk dan padat

Sentiasa harap yang terbaik

Rezeki mengandung 4 bulan time nih.

Memori yang sentiasa segar bagai baru semalam berlalu

Semoga masih ada esok yang segemilang ini.



Semoga semuanya baik-baik saja disana. Moga masih ada yang mendoakan kebaikan pada diri aku serta keluarga. Moga hari yang gemilang ini akan kembali. AMIN. Sangat merindukan waktu-waktu begini. Sangat merasakan begitu kosong dan sunyi bila terkenang kan tahun yang berlalu namun sentiasa membuatkan aku ingin kembali ke zaman ini...


Pulangkaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn...

Love is in the air!!!

Feel the love?? Feel the air???feel the smoke? feel the sampah? feeling nothing??*smack!!*




Hari ni, bulan ni bulan mulia walaupun bukan bulan Ramadhan dan bukan bulan Aidilfitri. Bulan ni penuh rahmat dari Yang Maha Esa. Segala keberkatan datang dari-Nya. AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Siapa menduga encik suami boleh bertukar menjadi normal macam dulu dan masih kembali kepada sifat asalnya? Alhmadullilah, segala puji dari Allah. Dia sudah menjadi seperti orang yang ku kenal bertahun dulu.


Sesungguhnya aku sungguh2 merasa bahagia dan lapang hati, tak lupa juga doa kutitipkan semoga hubungan ini,keadaan ini berkekalan dalam rumahtangga. Bagi yang tak tahu, sila click di sini.


Bagi yang memang tahu, tentu kalian juga doakan yang baik2 untuk kami sekeluarga. Ini semua berkat pertolongan dari Allah melalui Darul Shifa' Banting. Terima kasih. Terima kasih..




Just feel the love is in the air....


Raya yang lalu.


Doakan kami sentiasa selapang dan sebahagia ini. AMIN.

Kuala Lumpur, senyumanmu..

Tergamam juga bila terbangun jam lapan. Ngam ho! Lapan ho! Maka agak kelam kabut dan penuh transformer bertukar menjadi pemandu yang "agak berhemah". Maka dah takde maknanya nak ikut arahan jalan raya dan arahan sewaktu belajar memandu dkt Temerloh dulu dan takde maknanya aku nak bawa slow2 gaya puteri terkepit dalam kereta sebab jam sudah 815 bila aku blah tinggalkan flet!

Maka, bila dah berjaya lepasi tol jem (tol batu 3), terus aku lega. relief la weh! Sbb biasanya aku sangkut dekat situ. Lepas tu kan, dah elok2 dah lepas Jalan 222, aku telah melihat jalan yang penuh dengan kereta!!what?? Jam sudah 8:48. What??????Aku akan lambat!! Dan bila dah ada depan Asia Jaya tu aku telah melihat sesuatu yang aku rasa aku nak geleng kepala. Dahla tak tau kenapa jem panjang dan penuh kat jalan raya kat Asia Jaya tuh, pastu tetiba lak motor ni menyelit dekat tengah2 perdana dan terkena waja maka terjatuhla dia dekat tgh2 jalan. Aku sempat melihat mamat tu bangun marah2 mamat yg naik Waja. Aik, what the heck?? Yang Perdana hitam tu dia takde nak marah pulak? Adakah sebab kereta Waja lagi low grade dari Perdana? Tu yang dia tak berani marah Perdana tuh? Padahal dia taktau Pakcik yang naik Waja MPH dekat building office ni director Tabung Haji. Hah engkau?? Tapi Waja tu sekadarla Waja, dia pun tak terkata apa bila dimaki di tengah2 jalan sesak dan kereta pun terus lah bertambah2 jem!


Contoh Pak Polisi yang akan saman aku jika aku tak ikut arahan jalan raya.. jauh2 pakpolisi...syuh syuh..



Conclusion apa yang aku nampak? Perdana tu blah! Sbb dia takde kena marah. Waja tu stay dan kereta2 di belakang Waja terus jem. Sbb aku belakang Perdana tu, aku pun blah jugakla. Takkan aku nak jadi penonton jalanraya plak? Lepas tu kan??? Aku baru sedar....aku sebenarnya lambat! Maka, sampailah aku di punchcard pada 8.59am! Ngam Ho!

eh,conclusion eksiden tadi, sebenarnya mamat naik motor tu yang salah! Dah tau naik motor kecik,badan besar, dia nak menyelit jugak bila dua2 kereta kiri kanan bergerak seiring. Haih. Dan pemandu Waja itu Melayu, Perdana aku tak pasti, tapi yang naik motor tu juga Melayu. Kalau lah kereta besar yang bergesel dengan dia? Korang rasa dia nak maki tak driver tuh? Silap2 dia cakap elok2 sebab dia fikir dia dapat duit? Atau sebaliknya? Hah..malas lah nak fikir!

Dan sini aku nak bagitau, aku selalu malas nak ambil tahu jika ada eksiden jalan raya, malas nak jadi penonton, walaupun dengan secara langsung di hadapan aku, sebab dah terang lagi bersuluh salah engkau, takyahlah kau nak maki orang brader! Bahasa tu elok2 la sikit. Maka sebab tulah aku sedar kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA macam tak berkesan dalam situasi begini. 

Itula yang terjadi, dan sesungguhnya Kuala Lumpur tersenyum dengan gelagat warga kotanya. Jadi sebab itu jugala aku tekad tak mahu bermotorbike ke tempat kerja, aku sanggup harung jem. sebab aku dah tgk pelbagai variasi eksiden motor. erk!



Contoh pemandu tak berhemah, naik motor amik gambar. eh bukan ke yang belakang tu pak polisi tadi??cet!








Jadi? Hati-hati di jalan raya, terutama di Kuala Lumpur!

24 January 2011

Mencucuk Langit

Istilah ini biasa didengari untuk mereka-mereka yang nak bersosial terutama remaja-remajalah. Contoh istilah ini digunakan oleh remaja rempit

"malam ni aku nak cucuk langit dekat Dataran Shah Alam"

sudahnya, polis yang cucuk kau da...Dah tau malam minggu, nak pergi merempit, dah tau takde lesen nak rempit lagi di malam minggu, dah tau apa pun takde, siap roadtax expired berani lagi nak cucuk langit ye. Itu ulasan untuk berita dekat TV3 malam tadi. Aku sebenarnya bagai nak terguling2 tengok wartawan tanya soalan dekat budak2 bawah umur ni, selamba katak reporter tu siap tersenyum2 tanya soalan. Itu untuk perempit2 tegar lah.

Bagi yang kaki kereta atau kaki awek atau kaki pakwe jugak selalu menyedang kan kereta sambil mencucuk langit sambil menggedik tgk awek2..di Dataran Shah Alam terutama kawasan padang yang luas, bukannya korang pegi muzium pun. Lagipun dah tghmalam, korang buatla muzium sendiri ek?

Bagi bapa-bapa ibu-ibu bibik macam kami2 ni, suka jugak cucuk langit dekat situ sebab bila malam pun terang berderang dan suasana pun sejuk walaupun panas jugak dengan pakaian2 sendat dan singkat gadis semasa sekarang nih. Acha lah orang yang paling suka mencucuk langit bila tiba dekat dataran ni.

Untuk kaki tangan club pula, tak kiralah Kelab Rumahtangga ke apa ke, sure suka mencucuk langit di Kelab2 Malam terutama bila tiba ladies night. Bila mencucuk langit tu, janganla pula tercucuk jantan2 dan awek2 disitu yek.

Acha at padang Dataran S. Alam

Pencucuk Langit yang tegar



Oklah kawan2,kepada mereka2 di atas, sila cucuk langit dengan gaya berhemah.

Mengidam Kek Lapis

Hujung minggu yang lapar dan asyik nak menjamu perut sahaja. Walapun badan gatal-gatal. Walaupun saiz seluar dah makin mengecil, bukan aku yang gemuk, cuma saiz seluar dah jadi makin kecil. Pelik juga ye??

Sambil bersenang2 di rumah haruslah mulut rasa nak mengunyah. Kebetulan, kawan aku dari sekolah lagi ni telah dengan baik hatinya pos kek coklat cip & kek lapis coklat cadbury. Makan pun macam marathon sebab berebut dengan pesaing aku, iaitu peminat tegar, encik suami dan peminta tegar, cik Acha (yang ni dia kena minta, sebab dia tak reti buka peti ais lagi).

Haruslah juga kalian tengok kek lapis nya dan kek-kek yang lain, yang menyebabkan aku ketagih sangat. Nak kena ada je stok kek lapis dia nih. Sebab nya, kurang manis dan tak muak. Sebelum ni pun aku dah order dengan dia. Kek dia memang tiap kali makan, tiapkali tulah rasa nak makan lagi. Istimewanya, takde bahan pengawet. Homemade kan. Oklah. Semoga berjaya Sid, walaupun bekerja dari rumah, sanggup sacrifice Degree Cert sebab mahu jaga Damia. Salutelah!!

Inilah kek lapis yang akan ku order, tunggu sampai je la..







Here is the link;



Kecur air liur ku. Esid, silalah hantar segera.

21 January 2011

Akhirnya aku ditinggalkan..

Sempena bulan Januari yang bakal mengengsot pergi pada tahun 2011 ini, aku teringat sesuatu. Teringat yang aku tertinggal lagi kali ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Oh tidak...

Sebenarnya begini, Oktober tahun lepas aku dah start saving sikit-sikit (nak saving banyak tiap2 bulan, mana cukup!!) sebab nak cuti-cuti Malaysia bersama-sama family ke Sabah. Konon-kononnya lah! Sedar tak sedar dah masuk Januari, dah masuk 2011. Aku terlupa bahawasnya plan aku nak ke Sabah bulan 3. Maka duit yang konon-konon disimpan tu lebur sikit demi sikit hingga tak berbaki lagi. Baki ada kot dalam RM11.30! Agak bangang bila baru aku teringat mek dan adik-adik akan ke Sabah bulan  March ini.


Adikku yang agak kurang asam menimbulkan kejelesan di hatiku tatkla terdengar "bah..bah"



Tentu kamu semua tak tahu mana satu adik aku, mana satu baju dia..

Jadi, kali ini pun aku ketinggalan lagi. Sedih-sedih. Jadi, sebab baru tersedar hari ini, maka mulai bulan ini kena start saving balik. Kena mula balik dari RINGGIT MALAYSIA SEBELAS RINGGIT tu! Jadi, kena kuatkan semangat bila melihat peralatan dapur di pasaran, kuatkan hati bila tengok set memasak. Kuatkan jiwa dan raga bila melihat baju gegel yang cun. Kuatkan hati bila tengok TV, jangan TV tgk aku- kena kurangkan letrik!


Puncanya hanyalah si udang galah yang besar di Sabah yang merobek-robek hatiku lagi bila melihat gambar Mata King Island dalam album adik aku......Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......................

Aku percaya kamu semua pun tergamam tengok air membiru nih..


Sabah, tunggu aku................

Wake Me Up When..



Entri ini bertujuan untuk sedarkan diri sendiri dalam semua hal.. Jadi, kejutkan aku bila aku;
  1. malas nak kerja, tp kena bangun juga. Aku dengan Acha sama malas nak bangun. Tapi Acha tak bangun awal pun takpe, bukannya dia kerja.
  2. rasa aku sudah melampaui batas dalam hal-hal menjaga hal tepi-kain kelambu orang.
  3. dah lupa kawan-kawan. Ingatkan aku merekalah yang bersama semasa susahku. Masa senang, tak payah kejutkan aku pun takpe.
  4. mengguris hati kecil suami,Acha,wea-mek,adik-beradik,kawan-kawan,saudara-mara,suku sakat,kawan ofis serta orang sekeliling. p/s:dkt Acha aku banyak bersalah, sebab hampir tiap hari aku marah dia! sorry, mama tak sengaja!
  5. terlupa tutup plug nasi periuk letrik. Marah laki aku pasal dia yang selalu tutupkan.
  6. bila adakala nya aku termalas dan tertinggal atau terskip masak;p
  7. waktu subuh aku selalu terbabas sejak dua menjak ni. ini kesalan yang teramat besar!
  8. ingatkan aku juga jangan lupa makan jamu JRD.
  9. Jangan sesekali terlupa jemur dan lipat baju dengan kadar segera selepas je proses jemur kering dan proses basuh kain siap.
  10. terlupa yang aku ni selalu tertinggal sampah dalam kereta. jangan biar kereta anda diselubungi misteri sampah.
  11. makan dalam kereta, sila jangan makan. sebab aku selalu amalkan tabiat breakfast dalam kereta terutama bila jammed!
  12. jangan selalu memaki-hamun pemandu yang "kurang berhemah".
  13. ingatkan aku sila repair Cik Olympus yang dah gila semula, dan juga sila beli broadband lain. broadband sekaramg dah berukbeng-ong!
  14. terlupa tukar air dalam balang aku dekat ofis.
  15. balik nanti silalah sental bilik air dan gonyoh2 tingkap neko anda!
  16. Kurangkan lemak dan nasi lemak!
  17. dan banyak lagilaaaaaah..aku tak lalu nak suruh minda dan otak aku ingatkan aku betapa banyak list ni...................




Kalian pernah ke tersenarai banyak macam ni TO-DO-LIST?? Tak lalu lah nak ingat! Bila agaknya mampu setel semua nih??

19 January 2011

Memori Cinta Luka


Tajuk macam lagu penyanyi. Memang luka, pedih dan tersayat. Rasa macam mahu bercerai sekarang juga. Bukan bercerai kahwin.
Sebelum ketagih
Cerai dengan nasi lemak. Jatuh cinta dengan nasi lemak. Hingga buat aku ketagih. Hingga buat semua seluar dan baju makin fit macam baby fitted pulak.Yang menghairankan aku, nasi lemak nya tak berlemak mana pun. Sambalnya selain pedas menyinga, manis pula tu. Tapi, hampir tiap hari aku turun beli nasi lemak di bawah flet. Betul-betul di bawah rumah ku. Disebabkan ramai yang menjual nasi lemaj disini, aku malas nak ambil kisah mana yang sedap, mana yang ala-ala je,namun secara kebetulan aku terbeli nasi lemak beliau di satu sore yang rembang, di saat perut bergendang ketuk ketampi. Setakat ini, lidah dan anak tekak aku boleh menerima nasi lemak Meru yang marvelous dan selalu ramai tanpa mengira masa tu. Namun, agak musykil bila sejak 2-3 minggu lepas kejadian terbeli tu aku telah ketagih.
 
Cth Nasi lemak Best
 
Hinggakan mulut ini terbacul /tercabul menyebut;
"akak letak apa dalam nasi lemak ni?"
muka peniaga nasi lemak itu makin masam mencuka. Sebab selama ni pun dia tak pernah senyum pun. Jadi makinlah masam mencuka bila dengar soalan aku tu.
Aku terus menambahkan cabul nya mulut aku;
"saya ketagih kak.."
Dia buat tak kisah sambil si suami tersenyum sumbing. Ades.

Hanya satu sebab je yang boleh menghalang aku dari terbeli nasi lemak dia setiap hari, bila encik suami pulang awal dan faham-faham sajalah tekak nya hanya nak makan masakan homemade bini nya yang makin montel nih.

Aku begitu rasa pelik dengan nasi lemak ni. Adakah? Adakah ada ganja sikit ditaruk dalam tuh? Heheh. Sebab banyak yang aku dengar peniaga2 cenderung meletakkan sesuatu untuk tarik pelanggan jadi pelanggan tetap. Tak sedap mcm tea-o tawar lembar pun ramai gak yang datang. Nasi goreng ala-ala je pun ramai yang datang. Heh! Siapa tak pernah dengar Nasi Air dkt KB itu dicelup dengan pad yang dah digunakan. Pad tu tuala wanita la. Aih! Ini hanya desas-desus. Namun, sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Namun, benda-benda macam ni agak tak musatahil di zaman sekarang yang serba canggih dengan gajet dan bagai-bagai lagi.

Aku ingatkan aku sorang je yang kemaruk nasi lemak RM1.20 tu, namun tidak tidak..Makcik sebelah rumah aku pun sama. Kalau aku sorang je, maksudnya aku lah yang malas dan sengaja menambahkan lemak. Namun, tidak tidak. Semacam je bila makcik-makcik dan jiran kepochi ku juga mengiyakan keraguan ku.

Dilema, apakah cara yang paling sesuai untuk menghalang cinta pada nasi lemak ni? Nak suruuh encik suami balik awal memanjang, amatlah mustahil. Lemak-lemak tengah bergembira disisi ku. Atau suruh je penjual nasi lemak jangan jual nasi lemak lagi? Jual apam pulak? ATAU shut down terus??



p/s: gambar nasi lemak bukan nasi lemak yang aku ketagih. please note.
p/s lagi:gambar selepas ketagih aku taknak letak atas sebab-sebab peribadi sebab peribodi dah tak terperi lagi,p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...