Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

09 January 2011

Sesudah Ramadhan

Ramadhan yang berlalu sudah lama. Namun tiapkali Ramadhan pergi, berapa ramai yang akan menangisi Ramadhan yang sudah berlalu. Semuanya tentu teringatkan Raya yang tiba, bukan teringatkan bilakah peluang Ramadhan kembali.

Musim Ramadhan sentiasa dipenuhi cerita-cerita lucu dan unik. Ramadhan membawa berkat. Juga menguji keutuhan jiwa tiap insan. Pohon pada yang satu moga Ramadhan datang lagi.

Peristiwa Ramdhan di Kuala Lumpur sewaktu bujang dulu ada kalanya buat kami semua tak kering gusi. Terutama waktu belajar di Uitm dulu. Boleh dikira berapa kerat pelajar yang sanggup berbuka di kantin, berpinggankan tray silver tuh. Makanannya ala-ala sahaja. Pernah sewaktu terdesak, kami makan juga makanan dekat kantin, hasilnya? dagingnya keras, jika dibaling pun belum tentu daging tu hancur! Itu pun kami merungut. Padahal kami terlupa, Ramadhan sedang menguji kami. Sedangkan berapa ramai lagi di dunia ini bergolok bergadai untuk harapkan sesuap nasi. Bahkan di Malaysia sendiri, di kampung2 sendiri..lihatlah berapa ramai yang masih hidup melarat.

Namun, ramai juga cabut lari balik ke rumah bila tiba Ramadhan ,sanggup berulang walaupun jaraknya boleh tahan. Namun, agakla mustahil bagi perantau Johor berulang alik ke Kedah setiap hari. Jadi, haruslah kita bersabar sementara tunggu Ramadhan berpenghujung barulah kami semua jejakkan kaki ke kampung halaman.

Walau bagaimanapun, Ramadhan 2002 tentu amatlah pahit untuk dikenang-kenang. Kerana Ramadhan itu pulangnya nenek ke rahmatullah.Nenek yang disayangi itu pergi mengadap Ilahi setelah berperang dengan paru-paru berair selama 7 bulan. Ramadhan itu juga telah meninggalkan kesan yang mendalam, terutamanya buat aku dgn kakak.Ramadhan itu berkebetulan dengan cuti semester, jadi kami berkesempatan menjaga nenek dan setiap hujung minggu diganti dengan adikku 2 beradik itu, Kimi dan Husairi. Bukannya mudah menguruskan pesakit koma, semuanya diuruskan sendiri. Berak,kencing, sapu ubat dan segalanya lah! Itu tak termasuk kena belajar physiotheraphy dgn pakar. Seolah2 kami ni pelajar perubatan pula. Namun, hati terasa lega dan rela melepaskan arwah nenek pergi, sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Dan, demi Ramadhan yang akan tiba pada 2011 ini, aku pohon agar diberi kesihatan yang baik, untuk melalui Ramadhan yang masih berbulan2 lagi ke hadapan, namun aku akui masa itu pantas berlalu.

Gambar Raya Qurban yang lalu
Pohonku agar arwah ditempatkan di tempat-tempat orang beriman. Amin..

2 comments:

  1. tak sgka jmp akk senior kt sini..sy dulu bisnes..akk?

    ReplyDelete
  2. Muni~saya buat DPA tahun 2001-2004.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...