Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

10 January 2011

Sensa Oil Oh Sensa Oil

Ini lintah untuk hasilkan sensa oil* credit to this link below for picture :)


Entry ini ditujukan kepada gadis-gadis dan anak dara di luar sana. Supaya jangan suka-suka hati sesedap rasa menyebut perkataan-perkataan yang tidak diketahui maksudnya. Dush**

Ini kisah benar ok.

Satu hari yang redup. Seorang isteri meminta suaminya membelikan sebuah jam, dan balasan si suami:

"Abis tu, what will i get in return??"
"What do u want?"
"I want sensa oil"
"ok.."
jawap si isteri dengan tulus dan naif nya. Si suami pun bermuka selamba. Tanpa mengesyaki apa2, si isteri pergila ke kedai jamu-jamu dan berharap agar ada barang yang dicari di sebuah mall di S.Alam. Si penjual berasal dari Acheh juga gagal menemukan sensa oil.

Kerana menyangkakan sensa oil itu minyak panas seperti minyak urut, minyak serai wangi, si isteri bertanya tanpa segan silu kepada penjual apam balik di tepi jalan berhadapan mall terbabit. Maka, penjual cendol dan peniaga2 goreng pisang yang lain terkedu mendengar pertanyaan spontan dan lancar itu.

Ini bukan sensa oil

Datang seorang pelanggan yang penuh dengan cendol di mulutnya dan dengan tangan bertemankan mangkuk cendol...

"dik..agak2la kalau nak tanya. barang panas ni dik, tghri buta lak tu adik tanya"
"kenapa? minyak panas kan??"
"memangla minyak "panas" dik.."
"abang tau ke kat mana nak beli??"
"ini bukan chow kit dik nak tanya open2 ni.."
"susah ke nak dapatkan minyak panas ni??"
"er, adik tau ke minyak "panas" ni minyak ape??"
perempuan itu menggeleng.
"itu minyak lintah!!"
haaaaaaaaaaaaa????


terus cepat2 si perempuan itu buka langkah nya laju2 setelah menyedari perbualannya didengari dan ditelinga oleh semua pelanggan di situ..


jadi, korang google lah sendiri apa itu "sensa oil"..link sini..


hahahhahhahahhahahhahaha...


5 comments:

  1. eeeeeyeeekkkkk!...geli seh.itu mcm kaa??? kuikuikui

    ReplyDelete
  2. yelah..skrg dah tau ke apa itu sensa oil? hahahhaha..

    ReplyDelete
  3. geli seh tengok lintah tu..tapi,mahal kot lintah sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. memang mahal. untuk ubat kan. tu yang mahal tu..heheh..u tau ke sensa oil tu ape??ngeh2..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...