Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 March 2011

Perempuan

Kalau dilahirkan perempuan,
beginilah ceritanya kita di Malaysia,
kalau di China,
nasib kita belum tahu..
mungkin akan jadi anak angkat sesiapa,
atau tidak berangkat langsung..

Kepada perempuan yang sudah dilahirkan perempuan..
adat resam walaupun tak banyak,
harus kau cedok,
budaya Mat Salleh ambil yang patut-patut saja,
dari kecil si ibu belikan kau gaun merah jambu,
bila besar, sungguh-sungguh kau pakai senteng-senteng nampak pusat,

Sudah sudahla tu.
Bila kahwin lain ceritanya,
jadi isteri harus buang segala setan dalam diri,
sebelum semuanya merasuk perkahwinanmu,
dulu baju berhapak diulang tayang,




sekarang harus marathon siapkan baju bergosok,
selalu rasa seperti bibik itu pasti,
bilamana lelaki tidak memuji apalagi hargai,
walau kau rasa nak letak racun pada sarapan pagi nya,
harus kau teliti baju nya yang elok terletak di badannya..
tanda kau superwoman yang bekerja dan beranak dan beribu.

bila jadi ibu,
luangkan segala masa 3 dalam satu,
anak, kerja rumah dan suami.
semuanya adalah top 1.
jika tidak mahu lelaki cari alasan kau pemalas bilamasa dia sudah punya cewek baru,
alasan pemalas pengotor masak tak macam kedai,
masa ni lelaki tak boleh guna alasan ni.

jagalah dia dari tempat tidur, dari makan minum nya, dari pakaiannya dan tutur caramu.

tentulah busuk-busuk macammana pun engkau, dia tidak akan memburukkan kau.

p/s: kalau dia buruk-burukkan juga, kita bako kita bako..atau kau letak racun serangga dalam makanan. PANG. aku gurau aje lah!

6 comments:

  1. kejam sungguh...hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahah...
    kenapa lelaki susah nak hargai?kalo xnak hargai xmembebel xboleh ke??? ...benda2 macam ni rasa macam haishhhhhh...

    ReplyDelete
  3. Rina~lelaki memang nak kena PANG. BR SEDAR PENGORBANAN BINI!

    ReplyDelete
  4. seronok jadi isteri dan ibu sebab
    suami sangt2 menghargai..
    kami saling menyokong..
    sila cemburu!!
    hahahaha....
    tak de la..gurau je...
    dalam cinta pasti adalah ketawa dan airmata..;)

    ReplyDelete
  5. Diana~untunglah kamu!
    suami saya aduhaii..bukan nak kutuk la kan tapi nak kutuk gak..tak pndi menghargai. tak pernah pun terimakasih apalagi puji sedap masakan kita!

    :(

    ReplyDelete
  6. amboi klu racun matilah..haha..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...