Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

10 March 2011

Aku Malu

Satu pagi di hari Emergency Leave, terpaksa angkut anak montel ke Federal Highway bantu babah. Sila klik.
Petronas tu sungguh sungguh bijak kerana membuatkan motor suami ku rosak di situ. Jadi bila dah sampai di situ, terjerit-jerit Acha


"Mamaaaaaaaaaa!!!!wowwwwww!!! Ayaaaaaaaaaaaaaaam!!"




Masa tu jam dah masuk pukul 10. Walaupun dah hentam roti canai, pantang nampak KFC. Tensen heh!
Hari hari ayam ayam ayaaaaam!


"belikanla ayam dekat dia, kesian dia dah panas ni dekat luar ni.."
Masa tu suami berkata sebegitu bila melihatkan kami berdua berpayung tunggu dia repair motor (sampai sudah tak menjadi motor direpairnya..erk).


Aku pun sebagai isteri mithali terus bangun dukung Acha pergi ke kereta ambil purse sambil Acha meraung-raung ingatkan aku tipu dia nak beli KFC.(Nampaknya taktik masuk ke kereta ambil purse sudah tak berkesan!)

Dah order, Dine-in, total rm 9.20. Sumpah aku takkan lupa hari tu, harga tuh!!!
Sebab masa aku buka purse, duit aku takde sekeping pun! sekeping biru kecil pun takde! (rm1 juga tidak ada!!)


Muka ku agak panik. Lantas aku menyelongkar beg Milo yang selalu ku bawa yang berisi pakaian & pampers Acha. Korek-korek,


Ada not RM5, RM 1-4 keping. Syiling? Eh..alamak..purse duit syiling dalam handbag. Handbag dekat? dekat? dekat rumah!!!!!!!!!Waaaaaaaaaaaa...

Lagi sekali muka bertukar biru hijau pucat kesi!


"kejap ye dik.."
 budak cashier tu pun laju jawab "boleh! boleh!!"


Lepas tu aku tepuk dahi, apasal la aku panik! Laki aku kan ada dekat luar tu!!


ps: lainkali bawa handbag sekali. kau tu bukan jenis manusia semua duit dalam purse, tapi semua duit semua purse dalam handbag!

2 comments:

  1. Hahahaha...kadangkala keadaan panik ni tak kira tempat...Nasib baik suami masih ada kat situ, kalau tiba2 je motor tu ok dan dia terus pergi.. emmm panik apa pulak lepas tu :-)

    ReplyDelete
  2. hehehe..panik kan kalo jadi macam tu..anak saya pon suke makan kfc gak..kalo gi makan kfc, setiap kali lepas gigit ayam tu mesti dia jerit kuat2..emmmm sedapnya...malu wei..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...