Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

16 March 2011

Fobia

Tak semua orang tahu apa yang ditakutkan di dalam hidup selagi tak cuba dan selagi tak rasa. Sebab dah rasa dan dah tahu rasanya, so aku dengan murah hati nya nak list kan apa yang aku fobia. * aku ni jenis manusia suka list-list. Semua nak di list kan! hahahhaha.

  1. Tempat tinggi. Gayat le senang cakap~walaupun tangga tingkat 3 sekalipun. Aku akan sangat gayat. Aku pernah cuba atasi nya dengan cubaan2 flying fox. Namun semua yang ada dekat dalam hutan Gombak tu tahu, aku lah orang yang terus tak terkata semasa sampai ke seberang. erk. terus aku ditenteramkan oleh abang deejay KL FM. Hensem lak tu mamat tu.* masa tu aku bujang lagi okes.
  2. Operation Theatre-bilik bedah, cukup-cukupla tu. Tu yang fikir banyak kali nak bersalin lagi. Dalam banyak-banyak pembedahan yang aku lalui, aku rasa yang bersalin lah yang paling ngeri. 10 HARI DI WAD, 14 JAM DALAM BILIK BEDAH. ooo yesza, kalau Acha tak kenang jasa mama nak keluarkan sorang anak ni, pang.
  3. Kenderaan Besar~apa-apa je. Terutama bas. Terutama lori. Terutama treler!! Kalau drive ada kenderaan giant macam ni, sure aku akan rasa macam nak senget kepala bila tengok dorang corner. Fuh fuuh...kus semangat! Lagi-lagi bila dorang bawa laju  macam hantu!!
  4. Aeroplane~ Terutama masa touch down. Eeeeeeeeewww..bluwek. muntah!
  5. Acha lagi cool ok. Mama cover-cover takut.
    ok ini semua pic masa naik menatang tinggi tu dalam Sunway Pyramid.
  6. Lift a.k.a elevator~ sebab aku selalu terbayang dari tingkat 40 terhempas ke tingkat 1. berkecai! erk. *nasib baik umah aku second floor je. jadi bila acha nak naik lif, memang aku BANTAH!

Ok, sekian ulasan untuk hari ini.

4 comments:

  1. salam..

    org fobio kat tempat tinggi...mmg kejung la jawabnyer..:)

    ReplyDelete
  2. takut tinggi rupanya akak ni..huhu..kantoi!!

    ReplyDelete
  3. saya fobia naik/turun escalator yg flat tu (yg x de tangga)..samapi pucat2 muka..hehehe

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...