Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

21 March 2011

Kerek

Weekend yang sibuk. Hujan dan hujan.
Mengiringi perjalanan kami ke merata tempat pada hujung minggu.
Sesat sana sini.
Balik rumah dah malam.
Kepenatan.
Acha pula boleh disambung-sambung meragamnya. Bila tengok sekawan burung berterbangan di udara,
alih alih berenti nangis cakap "mama!!bird!! wow!!"
Tapi, bila dah hilang kelibat burung tuh, dia sambung nangis! Aaduhai..lagi berdenyut kepala mama ni weh.
Tiba di rumah baru berangan nak rehat-rehat, sekali tuh boleh pulak rakan gosip ni bergosipping di saat aku mahu letakkan kepala di bantal.
Waduh waduh..sakit kepala ku.
"Hei takde masa lain ke asik nak melepak je depan uma orang ni tak kira waktu!"
sambil memicit kepala yang dah di tahap maksimun.
ini semua sebab makan nasi beriani tengahari tuh, dagingnya banyak! tau-tau jela bila dah makan daging..

baru je cubaan nak baring kali ke2, si suami pula keluar dari bilik air sambil muka masam
"tak payahla nak kerek sangat! dorang tu bukannya cakap kuat sangat pun!"

huih geramnya ayat tuh.
"memangla tak kuat bila kena volume tak kuat, tapi kalau tak kuat pun kalau dah sakit kepala memang rasa lagi sakit la!"
sambungku lagi;
"ini bukan masalah kerek. ini masalah sakit kepala."
aku memang kecik ati. sentap nok.
terus aku ajak Acha masuk tidur! nasib baik Acha patuh arahanku seolah-olah memahami mamanya kecik ati.

sebab perkataan kerek tu pernah digunakan masa aku awal-awal pregnant dulu;
"jangan sebab kau pregnant, nak itu ini..tak payah nak kerek sangat!!"

lelaki,
memang tidak pernah memahami!



p/s: bini mengidam dikatakan kerek? itu bukannya bini nak makan, anak dalam perut ni! alih-alih anak yang dikatakan kerek ni lah anak yang disayang-sayang overdose pulak tuh!!







pic credit to pakcik google

2 comments:

  1. olololoh
    sian die, sakit kepala dikata kerek pulak.
    tak tau nk bayangkan mcm mana, sebab tak pernah preggy lagi.
    pape pon, doakan kesihatan awk kembali pulih ok =)

    ReplyDelete
  2. nama pon pregnant mestilah mengidam..kerek tu biase je..

    p/s wah!!!header baru nampak!!

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...